Home Motivasi KISAH KERETA IDAMAN SAYA – RANGE ROVER EVOQUE

KISAH KERETA IDAMAN SAYA – RANGE ROVER EVOQUE

3159

Saya pasti anda ada kereta idaman. Mercedes, BMW, Porsche, Volkswagen, Ford, Honda dan lain-lain. Dulu kereta idaman saya adalah kereta yang saya pakai sekarang iaitu Mercedes Benz C200 AMG. Sebelum saya beli kereta ni, saya nak cerita sikit prosesnya…

Dulu, saya sentiasa berangan dan berkata “bestnya kalau dapat pakai kereta ni”. Saya terbayang diri saya memandu kereta tersebut. Saya asyik dok google gambar2 kereta tu. Baca specs dia tiap satu. Kiranya secara terperinci lah saya tau pasal kereta saya nak tu. Satu hari tu, saya nak sangat tengok luar dan dalam kereta tu secara live. So pergi la showroom. Memula ingat nak ushar jek. Sekali salesman terus suruh test drive. Bila dah test drive, PERGHHHHHH… SYOK GILERRRR!!! (ye la sebelum tu bawak Myvi dan Lancer. memang terasa la bezanya). Lepas tangkap gambar dengan kereta tu saya pun balik. Cakap kat salesman, “terima kasih bagi saya peluang bawak kereta ni. seumur hidup first time saya drive kereta ni. ada rezeki nanti saya contact encik ya”. Gambar tu saya tampal depan meja kat office saya.

Bila kita dah asyik bergelumang dok pikir pasal kereta tu, kita akan sentiasa nampak kereta tu kat atas jalan raya. PERASAN TAK? Itu maknanya Tuhan dah bagi petanda yang anda akan dapat kereta idaman anda. Hehehe… dipendekkan cerita, saya akhirnya berjaya memiliki kereta tersebut 2 bulan selepas saya test drive. Alhamdulillah…

Berbalik kepada proses tadi, ia tidak memerlukan anda keluarkan duit pun. Tapi, kenapa proses tu perlu dilalui? kerana ia akan spark (menerbitkan) rasa DESIRE. bila desire atau keinginan anda cukup kuat, Tuhan akan tunjukkan jalan macam mana nak capai benda tu. Anda akan menjadi amat kuat utk mencipta jalan bagi merealisasikan impian anda.

Kalau anda dah kahwin, anda tentu perasan… 3-4 bulan sebelum kahwin pening nak cari duit utk kahwin. tapi tengok2 boleh je kumpul duit sampai 5 angka dlm masa 3 – 4 bulan. nampak tak? itulah desire. atau lebih baik, BURNING DESIRE! (keinginan membara).

Jadi, apa kaitannya pulak dengan Range Rover Evoque warna hitam tu? Sebenarnya itu target kereta idaman saya seterusnya tahun 2014 ni. Sekarang ni selalu sangat nampak kereta ni lalu lalang depan saya. Sehari ada la dalam 6x nampak kereta ni. Ia seperti apa yang berlaku sebelum ni. Dan saya telahpun melalui proses yang saya sebutkan tu. Cuma test drive je belum lagi. Hehehe…

BUAT NI KALAU NAK DAPAT KERETA IDAMAN ANDA ATAU APA-APA SAHAJA YANG ANDA MAHUKAN:

– Kereta tu make sure tahu semua serba serbi. enjin berapa CC, nak warna apa, pintu berapa, harga dia, downpayment nak bayar berapa, top speed, berapa gear, jenis enjin, tayar berapa inci, nak beli kat showroom mana dll
– Bayangkan apa nombor plet (yang logik) anda nak letak kat kereta tu. contoh nama anda Rafizi, so boleh la letak plet RAF121. jgn ler plet nak letak GAGAK HITAM 89 plak kan
– Bayangkan siapa ada di dalam kereta tu bersama anda, seeloknya orang yg real dan logik. Contoh isteri, adik, abang, mak ayah. watak game / filem tak yah
– Tangkap gambar dengan kereta tu, print dan tampal di tempat anda selalu luang banyak masa (office / laptop / bilik tidur dll)
– Test drive kereta tu dan feel betul2 kereta tu

Betul, memang benda ni macam poyo dan entah apa-apa. Sebab tu ramai tak buat. Bila tak buat, maka tak tercapailah impian mereka. Impian hanya jadi angan-angan.

Anda kena SPESIFIK. Maka lagi mudah impian tu tercapai. Kalau ia samar-samar lagi susah kerana anda sendiri tidak jelas dengan matlamat hidup anda.

Apa yang saya kongsikan adalah sama seperti apa yang ada dalam buku Rhonda Byrne, THE SECRET. Apa yang anda boleh bayangkan, anda juga boleh mencapainya. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak anda kan?

“Sebelum kaya duit, kena kaya minda”

Sekian, terima kasih kerana sudi baca. Share lah dengan kawan-kawan orait

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY