Home Apple 15 Fakta Tentang Steve Jobs Yang Anda Mungkin Tak Tahu

15 Fakta Tentang Steve Jobs Yang Anda Mungkin Tak Tahu

902
15 Fakta Tentang Steve Jobs Yang Mungkin Anda Tak Tahu
15 Fakta Tentang Steve Jobs Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Salam & hai semua. Saya sedang membaca buku Becoming Steve Jobs – How A Reckless Upstart Became A Visionary Leader karya Brent Schlender and Rick Tetzeli. Tak habis lagi baca buku ni, tapi saya excited nak share 15 fakta tentang beliau yang mungkin anda tak tahu (post ni agak panjang but worth reading kalau anda sedang mencari motivasi…): 😉
.
1 – Steve adalah anak luar nikah kacukan Syria (bapa, Jandali) & Amerika (mak, Joanne Brennan). Mak dia serahkan dia pada keluarga angkat. Dari situ dia dapat surname Jobs.
.
2 – Mak dia serahkan dia pada keluarga Catholic, iaitu Paul & Clara Jobs. Tapi Steve memilih untuk hidup sebagai Buddhist. Beliau siap pergi ke India untuk “bertapa” selama 7 bulan di sana.
.
3 – Steve sendiri ada anak luar nikah dengan first girlfriend dia nama Chrisann Brennan. Anak tu dinamakan Lisa. Disebabkan ia anak luar nikah, maka anak tu dinamakan Lisa Brennan (ikut surname mak). Pada mulanya beliau tidak mahu mengaku itu anak dia, dan dia tak nak ada anak pada usianya baru menjangkau 23 tahun. Pada suatu hari, Steve akhirnya menerima anak itu, dan anak itu ditukar namanya menjadi Lisa Brennan-Jobs. Steve ada anak masa umur 23, sama umur seperti mak ayah kandung beliau ketika beliau lahir.
.
4 – Steve kaya luar biasa di usia muda. Umur 23, kekayaan beliau ialah USD 1 juta. Umur 24? USD 10 juta! Ketika berusia 25 tahun, di tahun 1980, kekayaan beliau adalah USD 100 juta!!! (value 100 juta tu pada hari ni adalah sama dengan 308 juta!!!). Hurm, malu saya dengan beliau huhuhu… beliau capai semua ni dari zero. Mak ayah angkat beliau bukan kaya pun, belajar pun tak tinggi. 🙁
.
5 – Selain Steve Jobs & Steve Wozniak (nama sebenar dia Stephen, gelaran di Woz), sebenarnya ada sorang lagi founder Apple iaitu Ronald Wayne. Tapi, company baru bukak dia dah blah. Rugi besar kan?
.
6 – Steve mengasaskan Apple pada tahun 1976 ketika umurnya 21 tahun (dia lahir tahun 1955). Pada tahun 1985 beliau keluar dari syarikat beliau sendiri sebab tak puas hati dengan management. Lepas dia keluar, dia menubuhkan NeXT Computer. Apa yang beliau asaskan, itulah yang menjadi platform Mac OS sekarang.
.
7 – Selain Apple dan NeXT, Jobs juga takeover Pixar. Pixar ni George Lucas punya (pengarah Star Wars, takkan tak kenal? :-p). Beliau beli Pixar dengan harga USD 10 juta. First 100% animated movie di dunia adalah keluaran Pixar, bertajuk Toy Story. Ia memenangi pelbagai anugerah dan very successful. Kini Pixar telah menjadi milik Disney, pada harga USD 7.4 billion. Labur 10 juta, jual balik 7.4 bilion. Perghhhh!!!
.
8 – Steve Jobs hebat sebab beliau bukan sahaja merevolusikan dunia personal computing sahaja (Apple), tetapi juga dalam 4 bidang lain iaitu muzik (iTunes & iPod), mobile phone (iPhone), mobile computing (iPad & Macbook) serta animated movie (Pixar).
.
9 – Woz adalah 5 tahun lebih tua dari Steve. Kebanyakan produk Apple pada awalnya adalah dicipta oleh Woz. Steve lebih kepada kerja marketing saja. Steve tak pandai sangat bab-bab teknikal tapi beliau memang genius bab-bab marketing, branding dan strategi bisnes. (Y)
.
10 – Bagaimana setelah disingkir Steve kembali ke Apple? Ia kerana Apple beli NeXT pada tahun 1997 dengan nilai USD 429 juta. CEO Apple masa tu ditendang keluar sebab tak perform. So Steve jadi acting CEO buat sementara waktu, sebelum jadi full CEO kemudiannya. Lepas kembali ke Apple ni lah Apple betul-betul menjadi sebuah organisasi yang hebat!
.
11 – Pada hari ini net worth beliau dianggarkan bernilai USD 19 bilion. Ketika beliau meninggal dunia tahun 2011, ia dianggarkan bernilai USD 10.2 billion
.
12 – Steve adalah seorang pemimpin yang sangat tegas. Jerit & tengking tu biasa. Mereka yang jadi “mangsa” dalam meeting beliau tidak ambil hati kerana 2 perkara, iaitu “he was right” & “sometimes good enough is not good enough, and we’ll come back delivering something great”
.
13 – Apple bukan sekadar pengeluar produk-produk hebat, tetapi juga tempat yang hebat untuk bekerja serta menimba pengalaman, hasil penerapan value of Steve Jobs.
.
14 – Ketika di sekolah, disebabkan kebijaksaan beliau, beliau berjaya melangkau gred. Macam dari darjah 3 terus naik ke darjah 5 lah. Beliau lebih banyak bersendiri, tidak bersukan, tidak gemar bersosial dan lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua daripada beliau.
.
15 – Ada sesuatu yang kelakar tentang Steve Jobs ni. Walaupun beliau cipta benda hebat-hebat, masa beliau disahkan menghidap kanser, beliau tidak mahu dibedah. Anda tahu apa dia buat? Dia beli ubat secara online dan belajar mengubati kanser melalui kaedah tradisional! Ni kanser kot bukan penyakit biasa-biasa. Lama-kelamaan bila kesihatan makin susut barulah beliau beralih kepada perubatan modern.
.
.
Macam mana? Menarik kan? 🙂 Itulah dia. Bukan senang nak senang. Banyak cabaran perlu dilalui. Buat company, pastu keluar dari company sendiri, pastu masuk balik huhuhu… smart & hard work always pay off. Anda tak berasal dari keluarga kaya or belajar tak tinggi pun anda masih boleh untuk berjaya, sama macam Steve Jobs 😀 (Y)
.
Silakan LIKE, KOMEN, SHARE & TAG rakan-rakan yer. Kalau ramai suka next time saya cerita pula kisah lelaki yang pada saya lebih hebat daripada Steve Jobs, iaitu Elon Reeve Musk 😉
.
Semoga bermanfaat. Jumpa lagi di lain posting 🙂 (Y)
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S – Ada satu lagi buku tentang Steve daripada Walter Isaacson. Dah beli tapi belum baca. Kalau saya dah baca nanti saya review lah yer 😀

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY