Home Kaya Muda Di Mana Anda Akan Melabur Kalau Anda Ada RM10 Juta?

Di Mana Anda Akan Melabur Kalau Anda Ada RM10 Juta?

3529
di-mana-anda-akan-melabur-kalau-anda-ada-rm10-juta

RM10 juta banyak kan? Kalau saya suruh anda habiskan duit tu pun tentu anda stress nak habiskan. Hahaha… kat mana anda akan invest kalau anda ada RM10 juta?

Hartanah? Kalau seunit RM500,000, beli 10 pun baru RM 5 juta.

Kereta? Ferrari pun dalam sejuta lebih je, sama macam Bentley, Lamborghini dan lain-lain.

Saham? Itu memang unlimited tapi berani ke? Sekali rugi kalau tak reti beli habis separuh dari modal tau hohoho…

Pendek cerita, anda pun mungkin tak tahu nak buat apa kalau ada duit banyak tu kan. Kalau ikut buku-buku motivasi yang saya baca, bila kita dari awal dah tahu nak buat apa dengan duit banyak tu, satu hari nanti kita akan dapat juga duit tu. Boleh baca buku The Secret atau The Science Of Getting Rich.

Ini kerana bila kita selalu bayangkan benda tu, selalu imaginasikan benda tu sampai nampak real, akan ada “ilham” atau “buah fikiran” yang datang kepada anda lalu mencetus soalan “BAGAIMANA SAYA BOLEH CAPAI BENDA TU?”. Jadi, bermula daripada situlah anda akan jumpa jalannya.

Saya sendiri praktikkan benda ni setiap kali sebelum tidur. Kadangkala lepas penat memerah otak depan komputer saya baring-baring kejap berangan. Berangan je lah. Bukan kena bayar pun hehehe…

“KALAU KHALID ADA RM 10 JUTA KHALID BUAT APA?”

Saya? Hahaha… saya senang je. Saya letak kat ASB bagi maksimum & TH je. Setahun dapat 7% pun dah RM700,000 atau RM58,333 sebulan. OK lah tu kan?

Yang bestnya, dividen ASB & TH ni TAX-FREE. Tak perlu bayar cukai. Dividen TH dah tolak zakat siap-siap. Tinggal bayar zakat untuk ASB je lah.

Saya dah ada rumah. Kereta pun dah cukup puas hati dah. Tak ada apa lagi yang saya nak kejar. Jadi dengan duit dividen sebanyak tu ia tersangat banyak untuk saya sekeluarga teruskan hidup. Derma, sedekah, waqaf, gembirakan parents & family itu lebih penting bagi saya. Saya cukup bersyukur dah dengan apa yang saya ada sekarang ni.

Kalau nak invest sana sini, buka bisnes baru dsb memanglah boleh & return lebih tinggi. Tapi… documentation & management nya pun boleh bikin sakit kepala. Saya dah penat dah nak manage benda-benda ni sebab dah pernah melaluinya. Bagi kat orang handle pun in the end owner kena handle juga. So, baik saya hidup dengan duit dividen saja. Tax-free pula tu. Kalau buat bisnes dll kena buat tax filing, submit document ke akauntan, reporting kepada lembaga pengarah apa semua tu. Penat dan leceh lahhh… makan dividen, langsung tak payah submit apa-apa. Kan best tuuu…

TAHUKAH ANDA TENTANG PERKARA NI???

Banyak institusi pening kepala tak tahu nak invest kat mana. Ini kerana tempat pelaburan Islamik ada had, dan kebanyakannya kuota dah pun penuh. Hartanah pun bukan boleh siap 2 – 3 bulan kan. Macam ASB lah. Anda duit banyak, tapi default limit ASB RM200,000 sahaja. Terbitan saham ataupun unit trust ada kuota juga. Kalau kita ni RM10 juta pun tak tahu nak melabur kat mana, apatah lagi fund managers yang pegang duit sampai berbilion dan beratus bilion tu? (seperti KWSP).

TIPS: Anda boleh memohon kepada syarikat korporat dana untuk pendidikan (biasiswa) atau untuk perniagaan. Macam yang diberitahu, adakalanya duit mereka yang banyak tu mereka tak tahu nak buat apa. Jadi, anda bolehlah cuba memohon.

APA ANDA AKAN BUAT KALAU ANDA ADA RM 10 JUTA???

Ceritakan dalam komen. Lagi terperinci, lagi bagus kerana ia menandakan anda semakin “dekat” dengan impian anda. Jangan lupa “The Science of Getting Rich”. πŸ™‚

3 KOMEN TERBAIK AKAN MENERIMA BUKU KAYA MUDA – ADA DUIT ADA MASA yang akan dilancarkan pada tahun 2018 (tapi jangan tanya bulan berapa ye hehehe…).Β Tarikh tutup 15 Dis 2017.

Terima kasih dan selamat meng-komen πŸ™‚

Jangan lupa SHARE artikel ni ya!

KHALID HAMID @ ABANG LID

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

60 COMMENTS

  1. Dah baca! Tq share MK, sya pon selalu berangan angan mcm MK. harap sya juga mnjadi spt MK. Sya tak sabar tunggu TFS7 ! Good luck MK!

  2. Salam,
    OK bagi saya, saya akan settle semua hutang saya dan hutang adik beradik saya dulu…at least adik beradik saya pun akan free from debt.
    Saya juga nak buat satu tabungan utk anak2 saya dan anak2 sedara saya, bagi tujuan menyambung pelajaran bila mereka dewasa kelak. (at least mulakan dengan RM500K). Next saya akan letak RM500K dlm tabung haji saya, isteri dan anak2…Maxsimumkan simpanan ASB saya dan anak2.
    Saya juga akan belikan satu rumah corner lot utk wife saya…itu idaman dia, skrg nie rmh tengah(Alhamdulillah).
    The balance, saya akan slowly buat investment dlm hartanah dan share. (Tak semua balance la πŸ™‚ ). Itu lah planning setakat nie sekiranya saya ada RM10 Juta.

  3. Saya akan menjadi ‘Angel Investor’ macam rancangan Shark tanks.
    Usahawan/syarikat yang bermodal kecil tapi ingin melebarkan sayap perlu membentangkan idea / perniagaan mereka dan menawarkan pegangan saham mereka.
    Saya perlu berperanan sebagai advisor kepada bisnes mereka untuk memajukan perniagaan mereka bukan sleeping partner. Duit bukan sasaran saya. Growth of the company mereka adalah sasaran saya. Esok lusa dah growth lebih 1000% mana tahu kan, kita jual la pegangan kita..πŸ€‘πŸ€‘πŸ€‘

    Nota kecil:

    -Usahawan / syarikat perlu mempunyai modal berbayar dan mempunyai laporan audit..Jual air liur saje sembang pung pang habuk pon xdak lebih baik sambung berangan..πŸ˜›

    -Bukan invest dekat MLM, emas ETA tok tak belagak, fxbersatu R0I 100% sebulan tau kawan2..Mungkin mereka mempunyai produk yang bagus untuk dikomersialkan, laman web yang baik untuk pengguna untuk dinaiktarafkan, atau perniagaan yang baik tapi perlu bimbingan dan arah tuju..πŸ€”πŸ€”πŸ€”

    -Mereka xperlu minta loan bank disamping tu kita dapat membantu usahawan2 yang ingin maju kehadapan.

    Itulah serba sedikit idea yang terlintas masa saya tengah berangan tadiπŸ€“β˜ΊοΈβœŒοΈβœŒοΈβœŒοΈ

  4. Perkara yang saya akan lakukan jika saya ada 10Juta Ringgit

    1-TRAVEL AROUND THE WORLD
    Kenapa aku pilih around the world ? Sebab nya ,Knowledge is Power . Aku akui ilmu pengetahuan adalah KUASA! Yang boleh merubah banyak perkara.

    Bila kita ada ilmu kita boleh dapat segala galanya. Ilmu pengetahuan bukan setakat belajar dikelas semata mata. Banyak benda boleh belajar apabila keluar daripada ur own safe spot.

    Dengan duit sebanyak itu, membolehkan aku berjumpa ramai orang dan mungkin berguru dengan org itu. Tidak semestinya orang, jugak dari sifat binatang, keindahan tumbuhan, dan tinggalan sejarah yg tidak pernah aku tahu selama ini.

    2. MEMBINA SEBUAH GEDUNG YANG PENUH PELBAGAI JENIS MAKANAN PERCUMA

    Aku akan bina sebuah gedung atau stor besar yang menyimpan pelbagai keperluan. Kerana , apa yang aku pernah baca.

    Terlalu ramai orang selalu nya KEKURANGAN DUIT untuk beli keperluan hidup dan ada yang sampai mati di negara miskin hanya kerana tiada makanan.

    Sesetengah manusia suka membazir makanan walhal tidak sedar bahawa di dunia ada berjuta orang KELAPARAN langsung tiada makanan atau air untuk minum dan mati begitu sahaja tanpa belas kasihan.

    Jadi kiranya aku akan bina gedung PERCUMA supaya mereka bebas mengambil apa sahaja. Jenayah juga aku fikir akan bkurangan sebab apa ? Sebab tidak TERDESAK.

    Orang terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu.

    3. KAHWIN , IBU BAPA , KELUARGA DAN SAHABAT

    Mostly semua orang akan kahwin sebelum menjelanh umur 30 tahun. Dan aku jugak berimpian sama kerana manusia itu diciptakan berpasangan.

    Untuk ibubapa , duit bukan segala nya tapi segala nya memerlukan duit. Duit x dapat membalas jasa meraka tapi dengan duit kita boleh ubah hidup lebih selesa. Lihat sahaja keluarga yg kesempitan hidup.

    Kengkadang ada yang sanggup jual anak sendiri, isteri curang kerana suami x beri nafkah, suami pemabuk penjudi dek kerana tekanan.

    Oleh kerana itu, duit yg banyak itu boleh mencipta kenangan dan kebahagiaan bersama keluarga jika digunakan dijalan yang betul.

    Keluarga sangat penting kerana mereka lah yg paling dekat dalam hidup kita. Tidak berkira sesama adik beradik. Duit yang banyak membolehkan dia menyambung pelajaran atau menjalani kehidupan yang lebih sempurna tanpa perlu risaukan apa apa.

    Sahabat dunia akhirat . Sahabat orang yang selalu ada bersama dikala susah atau senang. Dan sahabat jugak tidak terkecuali untuk diberi sedikit bantuan atau apa apa yang sewajarnya sebagai sahabat sejati.

    4. HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

    Apabila tiba waktunya malaikat izrail mencabut nyawa , harta kekayaan suda tidak bermakna jadi maka itu yang paling penting amal jariah seseorang.

    Aku bercadang membina masjid atau sekolah pondok yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam sejagat. Sedekah dan amal jariah yang sedikit ini la yang dapat membantu kelak di alam barzakh.

    Sesungguhnya duit itu hanyalah objek semata. Akhirat la pengakhiran untuk segala gala nya.

    Sekian.

  5. Salam MK.

    Sy juga ada impian mcm MK. Menyimpan di ASB dan TH. Sy juga nak menceburi bidang pertanian dan penternakan. Cth penanaman kelapa utk dapatkan santan, lembu utk daging dan tenusu. Dgn 10 juta tu sy nak tolong rakyat Malaysia melalui pelaburan di atas. Semoga sy berjaya di masa hadapan Allah. Terima kasih MK sudi beri nasihat secara percuma.. Semoga Allah merahmati MK sekeluarga. Sekarang misi bermulanya pencarian 1 juta pertama

  6. Banyak perkara dapat settle kalau dapat rm10j.. segala hutang piutang kompom settle… letak d TH dan ASB tu kompom dah… yang penting aku nak miliki rumah idaman dan kereta yg selesa untuk keluarga… Tunaikan Haji di mekah adalah keutamaan… duit selebihnya trade forex hehehe dan buat amal jariah utk persediaan kehidupan yang kekal abadi…. amin…

  7. Assalam abg lid,

    Kalau ada RM10 juta, aida akan buat

    1. Simpan kat ASB1 dan ASB2 maksimum
    2. Simpan TH juga
    3. Bina rumah impian
    4. Bawa family buat umrah dan holiday trip ke europe, australia dan korea
    5. Mahu mengembara mengelilingi dunia bersama suami dan anak2
    6. hibah pada suami
    7. Derma dan sedakah pada pusat tahfiz, anak yatim dan rumah warga emas
    8.Wakaf surau kawasan yg tiada surau
    9. Beli 5 ekar tanah di kg dan membuka peluang kepada mereka yang berminat dlm bidang pertanian untuk berbakti pada tanah..cth tanam cili besar, pisang, tebu

  8. Jika saya ditentukan memiliki 10 juta,saya akan guna cara yang sama,simpan dekat ASB,AHB dan tabung haji…selebihnya saya bersedekah pada anak yatim,fakir dan golongan oku ( golongan orang lemah )…saya akan penuhi keperulan keluarga saya,paling utama jangan membazir…majukan orang tua kita serta semua adik beradik kita…ha..ha..ha,ya itu mesti…baru hidup lebih bermakna. πŸ™‚

  9. Kalau saya ada 10 Juta? Wow!
    17 Perkara yang saya buat yang sempat saya fikir ketika ini:
    1. Mestilah zakat dulu, sedekah, kenduri-kendara & apa yang mesti didahulukan dulu.
    2. Beli kereta seorang sebiji untuk diri sendiri, mak ayah, dan 3 adik-beradik.
    4.Bayar hutang mak ayah.
    5.Pergi travel ke 10 negara asia dan eropah sambil tangkap gambar macam profesional.
    6. Belajar 20+ bahasa asing korea, spanich, japanese, chinese & french, russian, etc.
    7. Beli rumah & renovate supaya jadi rumah yang memiliki banyak bilik-bilik impian dan privasi-bilik bacaan yang luas menempatkan libary yang cool…
    8. Beli buku bertambun-tambun setiap bulan.
    9. Pergi ke seminar-seminar tambah ilmu & tuntut ilmu di mana-mana asal ada duit untuk bayar ilmu itu.
    10. Sedekah untuk si kucing tidak dilupakan.
    11. Sponsor bagi golongan gelandangan makan.
    12. Bawa satu family bercuti dan makan-makan selalu.
    13. Investment. (Bila tahu dan reti)
    14. Sponsor abang adik kahwin.
    15. Beli segala makanan tambahan dan makanan kesihatan untuk kekal sihat.
    16. Beli basikal yang mahal…senang bersenam dan ada semangat.
    17. Haji dan umrah.
    ++18. Segala impian yang mahu dicapai dan lakukan segala perkara yang baik dan bermanfaat yang boleh dimanfaatkan dari 10 juta itu.

  10. Assalamualaikum tuan khalid.

    Saya ingin cerita kalau saya ada duit sebanyak 10juta bnd tu confirm saya akan selasai kan pertama kali hutang2 bank loan kereta loan yang berjumlah $30,000, masih lagi ada baki $9,970.00.saya belum berkahwin mungkin dengan ada nya duit tu saya buleh guna untuk belanja kahwin saya dengan bakal isteri Saya, mungkin akan makan belanja dlm $25,000 untuk dua belah pihak masih ada baki lagi $9,945.00. Ok saya juga belum ada mempunyai rumah tempat tinggal saya nanti bersama isteri saya mungkin saya akan beli rumah yg siap sedia ada. ok lah beli rumah yg sedang2 saja mungkin bejumlah 1juta yg siap sedia dengan tanah sakli laa di jual nya dengan peralatan rumah semua. Masih lagi ada baki $8,945.00 ermm, saya juga akan berikan 1.5juta kepada ayah ibu saya dan mungkin dpt meringan kn beban mereka sikit. Masih ada baki $7,445.00. aaa Memang betul tuan khalid bnyk sungguh nilah 10juta tu yeeπŸ˜‚πŸ˜‚ selebihnya berkemungkinan dpt buat bisness buat rumah untuk desewakn. Dan belanjaa untuk menampung saya nanti eeuami isteri. Haha mcm panjang cerita saya ne tq tuan khalid itu saja yg saya sampaikn kalau lah betul ada 10juta tu kn hehe.. wassalam

  11. Kalu ade 10 juta….first bagi adik beradik 7 org rm500k sorng..ade balance rm6.5 juta..1juta dibahagikan kepada sekolah tahfiz dan anak yatim..rm5.5juta/1 juta masokan kedalam akaun isteri..500 k masok dlm akaun anak..ade balance rm4juta..1 juta masok buku asb atau ape2 pelaburan yg nmpak dmata..rm3juta..beli rumah bwk family..mak abh(rm500k-akaun) mak mertua bapak mertua(rm500k-akaun) g umrah/haji..balance buat apa yg patut..(teruskan forex trading)

  12. Kalau saya ada duit sebanyak tu sy nk bkak hardware @ bengkel yg mnggunakn teknologi trkini sbbnye teknologi automotif smkin hri smkin brkembng n akn trus mndpt smbtn @ ladang penternakan/pertanian yg monfokus kn pd merket tmptn n export luar….

  13. I will put in fixed deposit 80%.
    So monthly I will get around 15/16K from FD dividend.
    Balance 10% I will put in aggressive unit trust funds(12%)
    Balance 10% I will put in bond unit trust funds(5%)
    So monthly I will get around 15/16K from unit trust.
    Reinvest the dividend back to Unit trust.
    I will use the FD dividend for spending.

  14. Jika saya ada Rm10 juta saya akan…;
    1. Akan saya bayarkan segala bil bil/hutang orang tua saya,makan minum serta pakaian mereka selagi mereka masih hidup.Bawa mereka melacong/belayar ke mana saja mereka idam idamkan.Beli kan sebuah keta yang selesa untuk mereka.
    2. Beli rumah yang selesa untuk isteri serta anak anak
    3. Saya hiasi permasuri hati saya dengan barang perhiasan wanita secukupnya.
    4. Buat berberapa apartment,rumah sewa serta bilik sewa dan semuanya saya wasiatkan untuk isteri dan anak anak.Biar hidup mereka senang tanpa kemisikan adalah wajib bagi saya.
    5. Bantu selesaikan hutang puitang adik beradik(jika di izinkan)
    6. Buat akaun khas untuk keperluan sekolah anak anak dan anak anak buah serta yang memerluk kan
    7. Belanja kawan kawan2 dan saudara mara yang lain
    8. Buat satu taman permainan yang luas untuk kanak kanak bermain di sertakan dengan permainan tradisinal kanak kanak dahulu agar tidak hilang begitu saja
    9. Selebihnya laburkan ke bank bank dan cari ilmu forex sebanyak mungkin sebab wang pasti akan habis tetapi kalau ada ilmu yang cukup…wang pasti akan dapat di cari 😊😊

    • rezeki akan datang pada mereka yg PERCAYA di kala mereka tak punya apa2. so, papehal, percayalah dulu. ilham akan datang kemudian. semua orang punya peluang yg sama πŸ™‚

  15. Apa yang saya akan buat dengan RM10 juta itu:
    1) terlebih dahulu bayar zakat baru berkat…hehehehe
    2) saya akan bina pusat perlindungan kucing yang memiliki segala keperluan mereka dari segi perubatan,tempat tinggal,penjagaan harian…
    2) saya akan bina rumah setingkat yang memiliki 4 kamar tidur, 3 bilik mandi dan dapur yang bertemakan bunga sakura πŸ™‚
    3) membiayai keluarga saya mengerjakan umrah
    4) melancong ke New Zeland tempat yang sangat di idamankan
    5) membeli rumah teres setingkat untuk dijadikan aset…nnt boleh buat sewa..
    6) Bahagi-bahagi dengan adik beradik…so dorang nak buat bisness tidak perlu la nak pinjam kat bank..:P

  16. Assalamualaikum Khalid,
    Kalaulah aku punya uang banyak , Tak lah banyak yang ku impikan,
    Pertama – tama aku akan bayar semua hutang2-ku karena banyak sudah rugi di perdagangan forex ini. kedua , aku akan amalkan membantu/membangun dan infaq-kan ke masjid-masjid di daerah daerah yang miskin di pelosok negeri. Ketiga Aku akan membantu dan sumbangkan ke Panti-Panti Asuhan anak Yatim Piatu.dan membantu Uamt Islam di Dunia yang miskin seperti di Myanmar (Rohingnya). dan semua yang menjaga dan menegakkan agama Allah di mana saja. Wassalam. In Sya Allah. semoga doaku dikabulkan Nya. Aamiin. U.Yadin

  17. Terbaik tuan Khalid, cara tuan Khalid berfikir memang sama mcm yg saya fikir hahaha..byk org terlepas pandang Amanah Saham harga tetap mcm ASB1 dan ASB2 dan yg terbaru AHB produk Maybank Islamik. Selain tu Amanah saham harga berubah-ubah antara yg okay mcm PMB Agressive Fund di bawah Pelaburan Mara Berhad dan lain2x, dan tak lupa juga mcm yg tuan Khalid ckp Tabung Haji…klo hebat dan dah mahir bolehlah terlibat dalam saham yg memberi pulangan dalam bentuk dividen mcm REITs dan defensive stock.

  18. saya mau inves airline i want to buy airbus A380 saya bisa beli 2 biji je airbus tsb bg lid… 2 biji pun seharga 8juta RM …sisanya 2 jutaRM untuk beli bahan bakar.. dan biaya parkir hanggar pesawat…keh…keh…airbus A380 merupakan pesawat penumpang terbesar didunia…pesawat ini digunakan sejumlah maskapai seperti singapore airlines. emirates.qantas. lutfansa..dengan daya angkut 853 pesanger…. saya rasa itulah saje bg…

  19. Kalau saya ada RM10 Juta, saya akan laburkan RM5Juta kan saham dan RM5 juta lagi saya akan buat belanja untuk mencari redha Tuhan iaitu membantu membangun masjid kat saudara Islam kita kat luar sana yang masih berusaha untuk membina masjid dan berusaha mencari saudara kita yang memerlukan pertolongan berupa kewangan atau perbelanjaan iaitu mereka yang tidak ada upaya untuk bekerja atau yang jenis kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kerana dalam rezeki yang kita ada ini terdapat juga rezeki untuk orang lain. Jadi kita berbahagi je laaa.. nanti di akhirat orang yang banyak harta ni lah yang paling banyak dipersoalkan kemana kita menginfakkan(membelanjakan) harta kita. jadi kalau saya belanjakan RM5 Juta je dari yang saya ada, senang jawab la.. saya belanjakan semuanya ke Jalan yang diredhai.

  20. Sy juga ada impian mcm MK. Menyimpan di TH,AHB dan ASB. Sy amat berminit dlm pertanian dan pertenakkan sy suka mnkaji.dr 1 pokok jdkn 5 pokok.binatang plk yg cedera sy pulihkan.dgn cara sy laaa. Dgn 10 juta tu sy nk buka pusat penyelidikkan sy sndiri dan tunaikn impian kedua orngg ibubapa,sy dan keluarga menunaikn haji Aaminn. Semoga sy berjaya di masa hadapan Allah. Terima kasih MK sudi beri nasihat secara percuma.. Semoga Allah merahmati MK sekeluarga dan d murahkan rezeki Aaminn jga. Sy akan berusaha bersungguh2 dr sekarang.MK doa sy naaa.terima kaseg sekali lagi MK

  21. Assalamualaikum apa yang saya akan buat kalau ada RM 10 juta? Pertama potong zakat dahulu. Selebihnya saya akan gunakan sara hidup, sediakan keperluan yang mencukupi untuk keluarga, ibu bapa dan mertua, adik beradik, ipar, sahabat handai dll. Beli tanah kampung dan buat rumah serta kebun dalam satu kawasan. Untuk keluarga bersantai pada musim buah-buahan, kenduri dll. Wakafkan sedikit untuk agama. Beli rumah untuk disewakan, beli kereta yang saya minati iaitu Volkswagen golf r dan kenderaan untuk keluarga. Berikan wang saku untuk mak abah mertua RM1000, belikan barang dapur. Selain itu, daftar mereka untuk buat umrah dan haji

  22. assalamualaikum……warohmatullahu wabarokatuh.dengan uang sebanyak itu..
    .saya hendak mendirikan darAl-Aitam tebesar di dunia yang kapasitas isinya minimal 10.000 anak-anak yatim,…,saya buat mereka hidup berilmu agama,berilmu cari uang yang pintar…agar saat dewasa nanti,mereka menjadi muslim yang beilmu agama dan beriman teguh/kokoh,dan dari mereka di harapkan bisa melahirkan tokoh-tokoh besar dunia…..karena pengasuh anak-anak yatim,sudah mendapatkan jaminan dari allah dan Rasulnya,muhammad sollallohu alaihi wasallam..demikian bang…!!!!,inilah the best investasi…..!!! and tke real investasi…!
    assalamualikummm

  23. Bnyk 1o juta..btl kta bla memohon bia lbh sbb dia kan kaya hehe…buat smpanan,rumah,yg plng pntg bg saya nk gmbirakn kedua ibu bapa,family dan tolong org yang memerlukan…sbb prnah rasa mcm mana dult lngsung tak ada dlm dmpet dan akaun bnk…dan moga dbrikan kshtn untk gunakan duit2 tu hehe..dan saya mohon juga untk bng khalid n the geng agar murah rzki juga kerana bnyk mmbntu org ramai dgn niat ikhlas…mdh2an ..trima ksh

  24. Tiap kali x buat apa jaa..komfem kepala otak ni akan bayang macam2, dan smuanya ke arah kekayaan..antara yg akan sy buat:
    – max kan di TH
    – labur di unit trust
    – belajar trading f2f dngan MK
    – nk kumpul aset
    – nk pusing satu dunia
    – nk tolong ajar org lain yg susah
    – xmau pening2 kepala dah..nk relax2 ja

  25. Saya akan melabor ke syarikat2 baru yang berpotensi untuk maju ini sudah tentu setelah di rekomen oleh juru perunding yang berpengalaman. Pada masa sekarang nilai RM10 juta tak banyak sangat kalau kita bandingkan dengan projek-projek bernilai ratusan juta.

    Saya berpengalaman hampir 25 tahun dalam industri hartanah. Dan pernah jatuh sehingga sekarang masih menanggung hutang bank hampir RM2 juta. Kadang2 dalam perniaggaan ada benda yang kita tak boleh kontrol.

  26. Assalamualaikum Tuan Khalid Hamid.
    Kalau saya ada RM10 juta, ada 4 perkara sahaja saya akan buat.
    1. Langsai hutang sendiri
    2. Haji dan umrah
    3. ASB dan TH
    4. Beli rumah untuk disewa beli. Macam kerajaan Selangor buat yang mana rakyat Selangor boleh sewa dulu rumah, lepas tu boleh beli rumah tersebut dalam tempoh 5 tahun menyewa. Memudahkan orang ramai untuk memiliki rumah.

    Saya tak akan settlekan hutang adik beradik selagi masih hidup supaya mereka berusaha untuk selesaikan hutang mereka sendiri dan tak bergantung kepada saya.

    Andai kata umur mereka tak panjang, baru saya akan bantu selesaikan hutang mereka.

    Adakala dengan tidak memberi, kita sebenarnya membantu.
    Membantu mereka jadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup. πŸ™‚

  27. Rancangan saya seperti berikut:
    1- Bayar hutang, bayar zakat, haji
    2- Beli harta mcm rumah dan tanah untuk anak isteri, bayar polisi takaful utk keluarga, pelaburan untuk keluarga (unit trust, TH)
    3- Melancong
    4- Buka syarikat dlm perniagaan barangan runcit.
    – sedia peluang kerja
    – besarkan hingga bole jadi pemborong, jd bole bantu peniaga runcit yg lain
    – banyakkan cawangan secara beransur-ansur
    – keuntungan bole disedekahkan berterusan
    5- Bila nom 4 berjaya, buka syarikat IT pulak.
    – Buat produk Open Source (mcm yg ada sekarang: wordpress, opencart, joomla dll)
    – Tujuan: Dapat naikkan nama Malaysia dalam bidang IT
    6- Bila 10 juta dah habis, hidup diteruskan dgn hasil perniagaan. jd tak la jatuh papa di akhirnya…hehehehe
    7- Sekian

  28. Kalau saya ada 10 juta separuh dari wang itu saya akan beli rumah banyak2 dan sewakan sebab mungkin dengan cara itu saya dapat maintainkan kewangan untuk generasi saya akan datang (Be the smart traders)biar trade sikit asalkan Untung banyak jangan trade banyak tapi untung sikit

    Separuh dari bahagian tersebut saya akan buat madrasah atau rumah anak yatim untuk saham akhirat saya kelak amin

  29. Saya tak mahu 5 juta, kalau boleh saya tak mahu ada 5 juta itu semasa hidup saya, nanti saya akan di tanya di akhirat telalu banyak duit di dunia, saya lebih rela hidup sedahana

    • Singkat betul pemikiran tuan ni. boleh je buat masjid, zakat, bina tahfiz dll duit 5 juta tu. banyak gak pahala dapat utk bekal akhirat. mgkin tuan fikir duit ni utk kegunaan duaniwi sahaja kot.

  30. Assalamualaikum MK

    Jika ditakdirkan mempunyai RM 10 juta, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah

    a) Membina masjid untuk keperluan masyarakat setempat kerana byk pahala yg blh kita perolehi
    b) Menyumbang dalam baik pulih masjid2 lama or surau yg akan beri keselesaan pada jemaah
    c) Bawa family mengerjakan Umrah atau Haji
    d) Sedekah pada rumah2 anak yatim dan memberi bantuan kepada golongan2 yg perlukan bantuan
    e) Buka peluang perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada org lain
    f) Mewujudkan sebahagian dana untuk pelajaran anak2 dan membesarkan value akaun forex sedia ada
    h) Akhir sekali ialah menunaikan impian diri sendiri selain daripada investment

  31. Klw saya memang dari kecil hidup dalam keluarga yg sangat susah bng lid,jd semenjak kenal dunia forex saya punya impian yg besar entah itu kapan terjadinya,intinya saya nk hidup saya ini akan sangat bermanfaat untuk orang bnyak terlebih lg untuk keluarga saya,sangat panjang klw saya ceritakan semuanya disini bng lid tentang impian klw saya ada uang sebanyak itu yang pasti seandainya saya ada uang sebanyak itu yg paling utama adalah keluarga,sanak saudara dn saya akan gunakan semua uang itu untuk kepentingan akhirat dn semoga saya nanti ny ada manfaatnya buat orang bnyak terutama keluarga saya.

  32. jika saya diberi peluang rezeki sekali seumur hidup dgn mendapat 5 juta,kemungkinan saya akan tunaikan hajat yg lama dh di hajati iaitu membwa kedua ibu bapa saya pergi umrah,bayar hutang piutang saya,membawa kedua ibubapa saya blayar kemana saja kedua org tua saya hendak pergi…yg penting rezeki tu biarlah dari sumber sumber HALAL kerna hajat terbesar saya yg belum tercapai tu nak bwa kedua org tua saya pergi ke tanah suci mekah..tak tau bila akan tercapai hajat saya yg belum dpat saya laksanakan sbagai anak kerna saya tak mampu lagipula saya kekurangan dari segi kewangan dan ksenangan hidup semenjak dulu kala…

  33. saya kalo dapat 10 hengget pon,,,,melompat!!!…ni kn 10 juta..masuk CCU saya…..kalu rezeki saya dapat 10 juta..invest ckit untuk pulangan yg mkn x hbis,, pas tu apa lagi,,, PAHALA PAHALA PAHALA!!!!!!!!!!!……..LA jawab nye……oh 10 juta!!…

  34. Kalau sy ada duit 10 Juta… saya akn :-

    1. Letak dlm ASB Max 200K
    # setahun lbh kurang dlm RM 14K ckup utk bayar kereta
    2. Letak dlm acc ASB ayah dan ibu (Max 200K)
    # Setahun dpt 28K (utk perbelanjaan mereka setiap tahun)
    3. Letak dlm acc ASB ank2 (Max 400K)
    # Setahun dpt 28K (utk perbelanjaan mereka setiap tahun)
    4. Letak dlm Tabung haji 5 juta setahun dpt RM350K/ stahun @ 29K sbln (cukup utk bayar rumah, bil2 and topup byar kereta).
    5. Beli aset (Tanah, rumah, emas)

    **BAKI yg tinggal saya akan guna utk invest dlm mcm2 sektor, dari keuntungan tu nnt sy blh i.e bayar hutang, menderma, tunai haji, melancong, tmbh lg aset (kalaulah pelaburan saya rugi sekurang2nya sy msh ada simpanan dlm ASB & TH, dimana dividen yg saya dpt ckup utk sy membayar komitment yg saya ada dan keperluan keluarga juga tidak terjejas) Rumah dan kereta beli secara loan supaya duit yg ada boleh dijadikan modal pelaburan yg lebih besar. Sy nak jadikn 10 Juta itu sbg permulaan kpd kejayaan yg lagi besar, bkn pengkakhiran kejayaan saya. Oleh itu, lbh ramai org yg sy blh tolong… insyallah

  35. Assalamualaikum Tuan Khalid Hamid.
    Kalau saya boleh habis RM10 juta, atau tidak cuckup untuk beli rumah @ SGD$500,000. Beli rumah untuk 5 orang anak saya = SGD$2.5 juta (RM10 juta = SGD3.3 juta).Selebeh nya membayar hutang , melabur, untuk saya dan isteri saperti melancong dan sebagainya.

  36. Kalau saya ada RM10 juta hari ni,saya tunggu buku KAYA MUDA – ADA DUIT ADA MASA keluar tahun depan dan baca sampai habis dulu. Lepas tu baru saya fikir apa nak buat. πŸ˜€

    #inimerupakankomennakbukufree πŸ˜€

  37. Hurmmmmm….if I have the RM 10m..

    1. Sedeqah
    2. pay off all loans
    3. look after the family
    4. invest in save haven
    5. live happily ever after

    InsyaAllah….

  38. Woh 10j….aku kaya aku kaya….hahahaha. Betul tu, modal sebesar tu pelbagai rancangan dan kerja boleh di lakukan, pandangan saya … Jika dapat nilai sebesar tu sudah tentu saya akan kembangkan menjadi suatu yg memberi manafaat kepada org ramai, maaf tuan, saya ingin berkonsi sedikit pengalaman saya walaupun saya masih muda dan mentah… Saya mediri bisnes di usia muda … Saya membentuk syarikat saya dari bawah namun Allah menguji saya…. Allah maha mengetahui segalanya… Saya memiliki syarikat jentera berat dan transport … Bukan mudah usia 20 tahun menjadi CEO, Allah maha kuasa ia menguji hambanya dgn kasih sayang….saya di uji dgn pelbagai pelsaigan, desakan rakan kongsi dan pelbagai lagi, dan saya terpaksa membuat keputusan amat2 perik bagi saya…sebahagian besar aset dan modal hangus dan saya terpaksa udur diri…dunia yg saya ceburi ini buakan usia saya, dan saya masih muda…. Alhamdulillah Allah hantar ilmu dari tuan…dan membuka mata saya mengenai dunia fx malahan membuka mata saya serta mealihkan pandangan saya mengenali bagaimana dunia ini beroperasi….Allah hebat ilmu ini…satu persatu saya belajar dlm dunia forex ini…selepas dlm kegagalan saya saya rasa hidup ini gelap dan impian saya untuk membentuk wisma dan syarikat hancur…namun ilmu ini mengembalikan semangat saya kembali… Salah satu buku yg saya suka ” ABD RAHMAN BIN AUF ” saudagar islam… Bermula apa yg ada di tangan.. Hebat…pendekan cerita… Jika 10j….Allah… 5 faktor boleh saya kembangkan…dan salah satu ilmu tuan ” HARTANAH ” dgn nilai sebanyak itu… Banyak manafaat kepada masyarakat….peluang perkejaan, zakat dan lain2 adalah unjang untuk membentuk islam yg maju. Apa yg kita perolehi 1/3 milik org bermaksud atau perdekatan adalah zakat dan sedekah… Dunia ini tidak akan berfunsi jika tidak ada rankaian bisnes. Itulah pendapat saya….mohong maaf jika ada salah dlm pandangan saya… 10j boleh menjadi 1B bukan untuk diri kita tetapi untuk umat islam… Bisnes adalah unjang untuk sesebuah negara malahan dunia. Tuan telah mencipta ilmu yg hebat…dan ilmu ini boleh menjadi satu dakwah dlm rankaian bisnes…insyallah.

  39. Assalammualaikum tuan, pada pendapat saya, saya pun akan letak kat ASB bagi maksimum & TH je.. dan jika nak growkan lg kumpulkan percen dari ASB & TH untuk beli tanah/rumah side income lain.. tiapΒ² tahun boleh pergi umrah/haji woooo… πŸ™‚ Aamiin Yaa Allah..

  40. Dgn rm10 juta..saya nak bukak satu kwsn perumahan atau taman perumahan…mungkin rumah teres kos sederhana rendah atau kos rendah yg cukup budgetnye Utk kawasan org kita, yg lengkap dgn taman permainan, kwsn rekreasi, masjid, lot-lot kedai utk org kita meniaga, lot utk pasar basah dan kering serta 1 bangunan utk kanak kanak bersekolah agama dan tadika.

  41. Dgn rm10juta itu jugak saya nak bukak pusat pusat tahfiz yg terancang dan terkawal serta berdaftar dgn pihak berkuasa tempatan , majlis agama dan pihak kerajaan.
    Juga pusat penjagaan org org tua yg selesa dan berdaftar.
    Juga nak beli tanah utk pembinaan lot lot kedai, utk org kita meniaga.

  42. Kalau saya ada 10 juta;
    – settlekan semua hutang.
    – masukkan 3 juta dalam ASB, TH, fixed deposit (untuk dapat income bulanan).
    – masukkan dalam akaun 3 orang anak (1 juta seorang).
    – beli tanah dan buat rumah besar sikit dari yg sekarang (teres setingkat).
    – beli kereta besar sikit utk keselesaan keluarga.
    – beli rumah teres untuk 3 orang anak (sorang sebiji).
    – besarkan rumah parents supaya selesa sikit.
    – beli sebuah rumah teres utk wakafkan pada anak yatim (saham akhirat).

    • awesome. tq share. nanti saya akan baca semua komen2 anda ya. terharu begitu banyak komen diterima πŸ™‚

  43. Aaslamualiku Tuan,kalau lah pakcik ada 10juta pakcik nakbuat taman tema air rekerasi teradisonal rakyat malaysia ..dapat juga manafat perkerjaan anak tempatan roling Rm semua dapat rasa biak kan Rm10juta tu..kan kan..

  44. assalamualaikum tuan khalid.. saya xtahu la, dah 3 tahun lepas saya kahwin sebelum tidur mesti saya akan termenung 10minit memikir kalau saya ada 18juta dalam akaun.. tiapΒ² hari… kadangΒ² terbawak dalam mimpi… benda pertama saya pikir saya memang teringin nak buatkan rumah untuk mak mertua saya… sebab ayah mertua dah tiada dan banyak tinggalkan hutang yang saya dan keluarga tidak tahu… adik ipar masih bersekolah 2orang.. rumah mertua pun dah usang.. gaji saya yang tidak seberapa ni nk bantu perbelanjaan mertua saya tiapΒ² bulan.. kadangΒ² sebak rasa bila berangan banyak duit ni, yela kita kerja makan gaji.. berangan jela dapat happy kan saya tiapΒ² malam… alhamdulillah… masih dapat terus kan hidup dan bantu keluarga dah rasa bangga bagi saya..terima kasih

LEAVE A REPLY