Home Kaya Muda Langkah Pertama Kalau Nak Capai Impian Hidup

Langkah Pertama Kalau Nak Capai Impian Hidup

338

Inilah langkah paling penting yang selalu orang tak buat. Saya dah bercakap kepada ribuan orang di seluruh Malaysia, dan memang tak ramai yang buat benda ni. Mungkin sebab itulah impian hidup mereka tidak tercapai.

Anda nak tahu apa langkah pertama yang perlu anda buat?

TULISKAN IMPIAN ANDA DI DALAM BUKU ATAU DIARI.

Anda hanya perlukan sebatang pen dan sebuah buku catatan peribadi (diari lah kan?)

Itulah nasihat mentor pertama saya iaitu Kurek Ashley. Ia memang magik. Apabila anda tuliskan impian anda, pastikan anda tulis dengan penuh perasaan bersungguh-sungguh. Ia akan menjadi komitmen anda. Ia akan menjadi bukti yang anda mempunyai impian. Ia akan menjadi sejarah buat anda suatu hari nanti.

Dalam buku catatan peribadi saya, sejak 2008 saya sudah biasakan diri menulis apa yang saya mahukan dalam hidup saya. Apabila saya baca semula, Ya Allah saya menangis kerana melihat banyak kemajuan yang telah dicapai dalam hidup. Malah ada satu bahagian di dalam buku tersebut yang saya tuliskan:

“Luahan hati ini adalah bukti yang aku pernah hidup susah. Ia akan menjadi peringatan kat aku supaya bila aku dah berjaya suatu hari nanti aku tak lupa diri”

Jadi, mulakanlah dan banyakkanlah menulis dalam hidup anda. Sediakan sebuah buku khas dan lagi gempak, namakannya 🙂

Eh, nak tau nama buku peribadi saya? Namanya BOOK OF DESTINY.

Selamat menulis dan semoga anda mempelajari sesuatu daripada post ini.

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY