Home Kaya Muda Usah Pertikaikan Kekayaan dan Kejayaan Orang Lain

Usah Pertikaikan Kekayaan dan Kejayaan Orang Lain

334

Ramai yang berperangai macam ni, suka cakap:

“Ahhh, dia anak orang kaya boleh la”

“Ahhh, dia ada kabel kuat dalam tu boleh la”

“Ahhh, dia dah suap pegawai tu boleh la”

“Ahhh, dia pandai bodek lecturer boleh la”

“Ahhh, dia kerja gaji besar boleh la”

“Ahhh, dia dapat kerja tu sebab mak dia kerja situ boleh la”

Dan banyak lagi lah pertikaian yang dibuat. Semuanya tak kena di mata si pengomel. Itu tak kena, ini tak kena. Yang dia mahu ialah semua orang sama level dengannya. Adakah anda bersikap sebegitu?

Jika anda ada sikap sebegitu, TOLONG UBAH SEKARANG! Itu satu petanda yang hati dan jiwa anda kotor. Apabila hati dan jiwa kotor, rezeki memang susah nak masuk.

Apabila terbaca atau melihat kejayaan seseorang, ucapkanlah…

“Alhamdulillah, moga satu hari nanti aku juga berjaya seperti dia”

Hentikanlah mempertikaikan kejayaan orang lain. Check diri sendiri dulu apa kejayaan yang kita pernah capai. Mempertikaikan kejayaan orang lain tu dah cukup busuk dah, tambah busuk lagi kalau orang macam ni kuat hasad dengki dan nak jatuhkan pula orang tu.

“Orang tak senang bila kita senang, dan orang senang bila kita tak senang”

Inilah lumrah manusia. Kita kena kentalkan semangat agar tidak mudah tunduk kepada orang-orang sebegini. Kejayaan pasti akan menjelma akhirnya dan menutup mulut orang-orang yang mempertikaikan kejayaan kita.

Apa nak risau, setiap orang ada rezeki masing-masing yang telah ditentukan-Nya. Tak perlu dengki sesama umat manusia jika ada orang yang dapat rezeki lebih dari kita. Percayalah, akan ada rezeki kita nanti asal saja hati kita bersih dan kita sentiasa berusaha gigih.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda mempelajari sesuatu. Wassalam

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

1 COMMENT

  1. Saya berulang kali membaca artikel-artikel tuan. Pendedahan secara terus tanpa sebarang niat tersembunyi … cukup pedas namun mesei disampaikan cukup kuat. Laluan dan pegangan hidup anda telah dijadikan satu perkongsian harus dipuji. Teruskan usaha murni mu dan saya disini tetap dan akan sentiasa doakan yang terbaik buat anda dan sekeluarga.

LEAVE A REPLY