Home Kewangan Tahukah Anda Kadar Sebenar Inflasi Negara Kita?

Tahukah Anda Kadar Sebenar Inflasi Negara Kita?

202

Mungkin anda akan jawab 3-4% setahun, betul tak? Adakah anda pasti dengan jawapan tersebut? OK cuba kira ni…
Harga roti canai naik dari RM0.80 ke RM1.00. Berapakah kenaikannya?

1.00 – 0.80 / 0.80 x 100% = 25%!

Harga ayam daging naik dari RM6.50 ke RM7.00. Berapa peratusan kenaikan tu?

RM7.00 – 6.50 / 6.50 x 100% = 8%!

Tahun lepas harga minyak RON95 naik 20 sen dari RM1.90. Itu adalah kenaikan sebanyak 11%.

Habis tu kenapa inflasi negara kita diumumkan sebagai 3 – 4% setahun berbanding realitinya?Ini kerana kadar inflasi dikira berdasarkan KENAIKAN HARGA SEJUMLAH BARANGAN.
Ada barang naik harga, ada barang turun harga.

Contoh barang turun harga ialah barangan elektrik, handphone, laptop dan banyak lagi.

Itulah yang dikirakan sebagai KADAR INFLASI NEGARA. Sebab tu ia rendah saja berbanding realitinya.

Adakah anda bersetuju? Saya semestinya tidak bersetuju. Barang-barang yang turun harga tu bukan tiap-tiap hari kita beli kan?
Tetapi barang yang naik harga tu lah yang kita makan atau guna tiap-tiap hari.

Jadi, jangan percayalah kadar inflasi negara tu. Anda kiralah sendiri berapa sebenarnya KADAR INFLASIĀ PERIBADI anda.

Tengok apa belanja atau barang yang selalu anda beli, dan jika harganya naik anda kiralah sendiri berapa kadar inflasi sebenarnya ya.

Selamat mengira dan terima kasih kerana sudi membaca post ini.

Semoga anda mempelajari sesuatu šŸ™‚

Khalid Hamid
KAYA MUDAĀ Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY