Home Kaya Muda Susah ke nak jadi kaya?

Susah ke nak jadi kaya?

388

Ramai nak jadi kaya tapi tak ramai yang sanggup nak jadi kaya. Semuanya bermula daripada MINDSET. Nak ubah mindset, buku T Harv Eker “Secrets Of The Millionaire Mind” dan Robert Kiyosaki “Rich Dad Poor Dad” adalah buku yang bagus. Ilmu-ilmu di dalamnya sangat mahal tapi harga buku tersebut tak sampai pun RM50.00.
.
Baru-baru ni saya dapat 1 set DVD seminar / coaching T Harv Eker. Saya tak tahu harganya berapa sebab ia hadiah daripada Success Resources. Staff saya pun dapat juga. Tak sangka saya diberi full set DVD macam ni. Bukan murah ni, tapi kenapa diorang bagi free je?
.
Sebab benda-benda macam ni TAK LAKU. Takde orang nak. Novel cinta & cerita “sotong” selalu jadi bestseller kat kedai buku. Jubah & tudung free, orang sanggup beratur start pukul 12malam walaupun esoknya 10pagi baru kedai bukak. Nak tengok bola, pukul 6pagi dah start beratur nak beli tiket. Sales kasut sanggup panjat pagar, pijak orang dan bersesak-sesak. Konsert artis tiket ratus-ratus ramai orang, seminar kewangan / financial freedom percuma pun orang tak hingin.
.
Inilah kenyataannya, dari dulu sampai sekarang. Sama je. Kita lebih suka benda yg cool, best & happening. Benda-benda boring, walaupun boleh ubah hidup, kita tak akan suka.
.
Nak jadi kaya & berjaya senang je, buatlah apa yang orang berjaya buat. Baca buku motivasi, buku kewangan, buku “how to make more money”, join seminar / coaching tentang business / financial freedom, tengok youtube channel Tony Robbins / Robin Sharma (contoh) dan sebagainya yang menjurus kepada penambahbaikan hidup anda. As simple as that wink emoticon
.
Ubahlah mindset, ubahlah habit, ubahlah aktiviti seharian dan pengurusan masa anda. Pasti hidup anda akan berubah. Selamat maju jaya

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY