Home Kaya Muda Semak Orang Asyik Call Promote Barang? Nak Tahu Siapa Missed Call Anda?

Semak Orang Asyik Call Promote Barang? Nak Tahu Siapa Missed Call Anda?

318
Semak Orang Asyik Call Promote Barang? Nak Tahu Siapa Missed Call Anda?
Semak Orang Asyik Call Promote Barang? Nak Tahu Siapa Missed Call Anda?

Istilah orang call promote barang ni dipanggil “cold call”. Selalunya bank nak promote kad kredit / personal loan, ejen suruh sign-up insurans / takaful, Asteruk suruh tambah pakej / decoder, Tee Emm suruh upgrade pakej internet dan macam-macam lagi lah.
.
Mana diorang dapat nombor anda? Itu lain kali saya cerita. Ada kisah di sebaliknya hehehe…
.
Kalau nombor office selalunya memang saya takkan angkat. “Ni mesti orang nak menjual punya nih” bisik hati saya. Tapi, bagaimana kalau panggilan tu penting? Misalnya, bank call berkaitan approval loan rumah saya atau hospital nak maklumkan ada ahli keluarga yang kemalangan?
.
Penyelesaiannya, gunakanlah app percuma “Whos Call”. Anda masukkan nombor phone yang missed call tu ke dalam app ni, nanti dia akan bagitahu siapa yang call. Contoh ada dalam gambar ke-2 yang cuba menjual kepada saya. 🙁 Kalau penting, call lah balik. Kalau tak penting macam ni abaikan je lah hahaha… :p
.
Kalau nombor handphone yang call pula macam mana? (sebab whos call ni detect nombor office sahaja). Kalau saya, saya akan cakap lah saya tak berminat. Kalau dia berkeras juga nak promote saya terpaksa letak dan block nombor dia lah.
.
Simple je, saya tak perlukan produk atau perkhidmatan mereka. Tak perlulah buang masa mereka dengan saya. Cari lah orang lain yang mungkin memerlukannya. Lagi bagus macam tu kan?
.
Anywayyyy… kalau ada benda penting & anda tak angkat call, mesti orang tu akan SMS / whatsapp / email / tinggalkan voice message ye tak? 🙂 Tapi, dengan adanya app ni ia amat membantu andai kata pemanggil tersebut terlupa untuk tinggalkan pesanan.
.
Silakan SHARE / TAG post ni dengan rakan-rakan anda ya (Y)
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.ForexSebenar.com
www.KayaMuda.com
12 OGOS 2016
.
P/S – Berkesan lagi ke cold-calling ni untuk buat sales? Saya rasa macam tak je. Huhuhu…

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY