Home Kaya Muda Selamat Hari Malaysia 2016

Selamat Hari Malaysia 2016

139
Selamat Hari Malaysia 2016
Selamat Hari Malaysia 2016

Setiap seorang rakyat negara ini mampu memulakan perubahan, tak kira siapapun anda. Seorang rakyat pandai mengajar 10 orang lain, yang kemudian ajar 10 orang lagi, akan menghasilkan 100 orang yang pandai. Itu baru seorang yang mengajar tu. Hebat kan? 🙂
.
Untuk negara menjadi maju, PEMIKIRAN & SIKAP kita harus maju terlebih dahulu. Contohnya, menepati masa, tidak membuang sampah merata-rata, menjaga kebersihan setempat, menunggu giliran, amanah dalam bekerja dan banyak lagi. Ia bermula dengan sekecil-kecil perkara.
.
Bayangkan, kalau perkara kecil pun kita tak boleh nak buat dengan baik, macam mana nak buat perkara besar dengan baik kan?
.
Pencapaian saya tidaklah sehebat mana, tetapi saya tetap ingin kongsikan bagaimana saya berjaya kerana bukan semua orang sudi nak berkongsi. Mungkin (ya, mungkin…) ada yang mendapat manfaat dan kongsikannya pula dengan yang lain, lalu menghasilkan kelompok berjaya yang lebih besar. (Y)
.
Kalau anda rasa anda cukup power, keluarlah dari kepompong anda dan mulakan perubahan. Menyumbanglah kepada masyarakat melalui ilmu / pengalaman / kemahiran / kepakaran anda. EACH OF US CAN HELP TO MAKE A DIFFERENCE!
.
“Jika anda rasa anda terlalu kecil untuk membuat perubahan, cuba tidur dengan seekor nyamuk” – Dalai Lama / African Proverb
.
Maksudnya, seekor nyamuk boleh menyebabkan kita tidak nyenyak tidur, padahal seekor nyamuk tu kecik je. Samalah juga dengan anda. Mungkin anda rasa kerdil, anda tenggelam dalam 30+ juta rakyat di negara ini, tapi jangan lupa contoh nyamuk tu tadi. You can make the difference!
.
Selamat Hari Malaysia 2016. Silakan Share / Tag jika bermanfaat. 😀
.
Towards better nation…
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
16 SEPTEMBER 2016
www.forexsebenar.com
www.kayamuda.com
.
P/S – Al-Fatihah buat arwah Tuan Guru Dato Dr Haron Din yg telah meninggal dunia pada hari yg sama di Amerika Syarikat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan beliau “di sana”. Aminnn…

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY