Home Kaya Muda Sebelum boleh withdraw ratus-ratus ribu, anda perlu…

Sebelum boleh withdraw ratus-ratus ribu, anda perlu…

814

Dulu, setiap kali kelas saya akan tanya berapa target nak profit sebulan. Pelbagai jawapan saya dengar, dari RM 500 sampailah ke RM 100,000. Adakah ianya mustahil? Tentulah tidak. Berapa pun anda nak kaut dengan forex trading ni boleh dicapai, janji modal anda berpadanan dan dah mahir dalam trading lah. RM 100,000 daripada pasaran bernilai RM 19 trillion (USD 5 trillion) sehari tu sikit je.
.
Tapi, selalunya orang yang nak withdraw puluhan hingga ratusan ribu ni, dia akan ada masalah. Masalahnya adalah sangat tipikal, iaitu…
.
DIA SENDIRI TAK TAHU NAK BUAT APA DENGAN DUIT BANYAK TU!!
.
Bila saya tanya, “RM 100,000 tiap-tiap bulan withdraw nak buat apa dengan duit tu?”, lalu mereka pun jawablah nak bayar installment rumah, kereta, pergi bercuti, derma, (bukan kepada Najeb yer keh keh keh), amal jariah, pergi umrah, masuk dalam ASB, buat bisnes, invest sana sini dan lain-lain.
.
Impian-impian sebegini tak sebegitu jelas, so saya dalamkan lagi soalan tu kepada “cuba letakkan angka kepada impian-impian tu”. Bila dah diletakkan angka, jadilah installment kereta RM 1,500, rumah RM 2,000, bercuti RM 5,000 (overseas arr, ape barang cuti kat Malaysia hahaha) dan seterusnya. Setelah selesai, jumlah keseluruhan tak sampai pun RM 20,000. Last saya tanya “so balance RM 80,000 tu awak nak buat apa?” lalu peserta kelas tersenyum simpul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda “tak tahu”.
.
Tengok dalam gambar. Saya tulis dalam diari saya tahun 2010 “Apa Saya Akan Buat Kalau Saya Ada RM 1 juta” (ini bukanlah contoh yang bagus kerana ia tidak spesifik. Masa tu saya belum belajar lagi ilmu-ilmu motivasi / Law Of Attraction ni). Sejak dulu lagi saya dah praktis menulis apa saya akan buat kalau saya ada jumlah duit yang banyak. Ajaibnya, apa yang saya tulis tu menjadi kenyataan hari ini. Alhamdulillah smile emoticon
.
Belanja bulanan saya sekeluarga tak sampai pun RM 10,000 walaupun pendapatan saya jauh lebih banyak dari tu. Bayangkan kalau income anda RM 100,000 tetapi sebenarnya anda cuma perlukan RM 20,000 sahaja, anda nak buat apa dengan balance sebanyak tu? Sebab tu lah, sebelum anda dapat capai pendapatan impian anda, anda perlu tahu dari awal apa anda nak buat dengan income sebanyak tu. Percayalah, anda sebenarnya akan dapat lebih dari tu. Kalau anda tahu dengan jelas apa nak buat dengan income bulanan RM 10,000 (contoh), anda pasti akan dapat lebih dari tu secara “natural”. Rezeki akan “menyerang” anda dalam pelbagai bentuk dan dari pelbagai sudut. Percayalah, ive been there and done that.
.
Jadikanlah ia amalan. Tuliskan atas kertas apa anda nak capai dalam hidup. Pastikan ia spesifik (contoh: kalau nak kereta, brand apa, modal apa, harga berapa, berapa nak bayar downpayment, berapa bayaran bulanan, nak warna apa, varian apa, showroom mana nak beli dan sebagainya). Be as detailed as possible. You’ll get what you want, WHEN YOU KNOW WHAT YOU WANT smile emoticon
.
Sekian terima kasih semoga bermanfaat.

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY