Home Internet Scammer – Lebih Baik Diam Atau Bersuara?

Scammer – Lebih Baik Diam Atau Bersuara?

251
Scammer - Lebih Baik Diam Atau Bersuara?
Scammer - Lebih Baik Diam Atau Bersuara?

Kalau anda tahu seseorang ni scammer (buat duit dengan cara menipu / caj kelas tak masuk akal / asyik kena upsell itu ini) & buat perkara tak beretika (copy slide / petikan buku kita pastu guna utk biz dia, copy artikel kita 100% tanpa kredit, realiti tak sama apa yg digemburkan, claim berjaya itu ini padahal sebenarnya suam-suam kuku sahaja), adakah anda akan…
.
A – Diam kan sahaja, atas dasar tidak mahu jadi pendengki / tutup pintu rezeki orang. Lagipun dalam Islam pun anjurkan untuk tidak membuka aib orang lain. Anda hanya berdoa dan biar Tuhan sahaja beri hidayah kepada beliau, moga-moga beliau insaf atau aibnya terbuka sendiri melalui public announcement oleh orang lain.
.
B – Bagitau kepada umum, supaya orang lain lebih berhati-hati atau boleh elakkan orang lain daripada kerugian (syarat utama: anda wajib ada bukti, bukan main tuduh sebarangan). Ye lah kalau kita tahu orang tu jahat, kita diam-diam je tak cegah, kita berdosa juga ye tak sebab “menyembunyikan kebenaran” kan? Mungkin kita sorang je tahu benda tu, tapi orang lain tak tahu. Cuma, mungkin orang akan kata kita ni pendengki lah.
.
So, anda akan pilih yang mana? Jelaskan sekali kalau boleh ya 🙂
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
01 OKTOBER 2016
.
P/S – Banyak scammer sekarang ni. Berhati-hatilah ya… ada satu kes forex dilaporkan kat saya, dia withdraw dari broker ni dah 2 bulan tak dapat-dapat lagi duitnya. Nak expose kang mesti saya kena hentam. Adeiii… 🙁

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY