Home Motivasi Saya Pernah Jadi Despatch. Tau Tak?

Saya Pernah Jadi Despatch. Tau Tak?

480
Saya Pernah Jadi Despatch. Tau Tak?
Saya Pernah Jadi Despatch. Tau Tak?

Gambar malam tadi di Jalan Ipoh. Seorang lelaki menunggang motosikal meredah hujan menunaikan tanggungjawabnya di tengah malam buta. Saya saspek beliau dari pasar Chow Kit nak ke pasar Selayang hantar barang / ambik stok. ?
.
Teringat saya 13 tahun lepas saya pernah jadi piyon (despatch) gak lepas habis SPM. Tugas saya hantar handphone (baru dan yg dah repair) ke merata ceruk Selangor ni. Office di Kota Kemuning, sebelah Taman Sri Muda rumah saya. Redah panas & hujan tu biasa. ? Pernah eksiden sekali tapi bukan salah saya. Orang masuk lane motor tu yg laju menonong je dia masuk. Mujur tak teruk cedera ?
.
Pada orang lain, box di belakang tu hanyalah barang niaga. Tapi bagi kami, ia sebuah AMANAH yg perlu dijaga. Dalam hadis pun ada bagitahu benda paling berat dalam hidup kita ni adalah AMANAH. ??
.
Tak kiralah apa pun anda lakukan, saya tahu anda inginkan kehidupan yg lebih baik. Mungkin siang anda kerja, malam anda kerja lagi / berniaga pula untuk mencari pendapatan lebih dalam ekonomi mencabar sekarang ni. ?
.
Teruskanlah usaha, tanamkan sifat pantang mengalah. Dulu saya buat kerja despatch dan macam-macam lagi. Dulu orang dalam kereta tangkap gambar saya bawak motor, sekarang saya pula dalam kereta tangkap gambar orang bawak motor. Semua tu pengalaman hidup yg membantu saya handle diri saya pada hari ini. So, jangan sedih dengan keadaan anda sekarang. Tuhan sedang prepare anda utk masa depan yg lebih gemilang. Jangan lupa diri bila dah berjaya nanti. Sentiasa ingat asal usul. Penting tu! ??
.
Silakan SHARE / TAG kawan-kawan untuk bagi semangat ??
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY