Home Motivasi Rumah Saya Membesar

Rumah Saya Membesar

398
RUMAH SAYA MEMBESAR

Inilah rumah saya membesar di Taman Sri Muda, Shah Alam sehinggalah saya mula bekerja tahun 2008. Tiang dan pagar warna ungu cair tu saya lah yg cat. ? Rumah ni pernah tenggelam sekali masa tahun 1995 banjir besar di Sri Muda. ?
.
Saya bukanlah anak orang kaya. Ayah pemandu teksi (bekas tentera), mak penjaga anak orang. Kami 5 beranak menyewa di sini sehingga tahun 2009. 22 tahun lah kalau ikut cerita ayah saya.
.
Nak tahu kenapa sampai 2009? Sebab mereka tunggu saya dah kerja setahun utk beli rumah pakai nama saya ? Mak ayah saya umur dah 50-an mana boleh apply loan dah. ? Tahun 2009 kami pindah ke rumah sebelah sampailah sekarang. Rumah dalam gambar ni sekarang orang lain pula sewa.
.
Masa kecik dulu saya malu dengan kawan-kawan saya. Rumah diorang besar-besar. Deret rumah kami ni hanya rumah kami sahaja yg pagar kecik. Rumah lain pagar besar, boleh park kereta kat dalam. Time raya memang saya takkan ajak kawan-kawan datang. Diorang nak datang pun saya bagi macam2 alasan. Saya malu duduk rumah macam ni. ?
.
Bila saya semakin dewasa, barulah saya sedar. Mereka dah buat yg terbaik. Itu sahaja yg mereka mampu. Sebagai anak, saya tak sepatutnya berasa malu, sebaliknya bersyukur. ?? Kalau sekarang anda sedang alami situasi saya dulu, tolonglah faham dan beri sokongan kepada ibubapa anda dan berazamlah untuk mengubah nasib mereka, ok?
.
Kita takkan boleh ubah kehidupan lampau atau asal-usul kita. Mak ayah kita mungkin miskin, tetapi anda boleh mengubahnya. Mak ayah saya sekarang dah nak masuk 60-an. Mereka dah korbankan masa muda mereka untuk saya. Sekaranglah masanya untuk saya balas jasa mereka sementara mereka masih ada. Saya perlu buat mereka merasa apa yg telah mereka lepaskan selama ni. ? (pergi umrah, memandu kereta baru, perabot baru, bercuti dll)
.
Bila tengok drama, mak ayah hero sentiasa mengharapkan anaknya akan membelikan mereka macam-macam, kan? Realitinya, anak muda sekarang nak survive sendiri pun sesak. Kalau dah begitu situasinya, macam mana nak beri kehidupan lebih baik untuk mak ayah?
.
Percayalah cakap saya, jika anda letakkan ibubapa anda sebagai sebab utama anda mahu berjaya, ianya akan dipermudahkan. Please la, if there’s someone you need to please, it will be them. Not your friend, girlfriend, colleague, enemy or whatever. ?
.
You can’t change your past, but you can shape your future. Berusahalah dengan gigih sementara mereka masih ada.
.
Share lah kisah ni kalau anda pun dulu hidup macam saya ?
.
#budaksrimuda
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
21 SEPTEMBER 2016
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S – Family saya menyewa berpuluh tahun sampailah saya start kerja, baru mampu nak beli rumah sendiri. Generasi sekarang mungkin akan melalui pengalaman sama sebab harga hartanah yg melampau ?

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY