Home Motivasi Perutusan Hari Pekerja Oleh KAYA MUDA

Perutusan Hari Pekerja Oleh KAYA MUDA

210

BACA KALAU DAH MUAK MAKAN GAJI!

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2014 ni, saya ada sedikit nasihat nak disampaikan. Sila baca dengan teliti.

Saya tengok wall FB saya ni melambak orang duk mengadu pasal kerja. Balik lewat malam la, kerja susah la, menyampah kat boss la, meluat kat rakan sekerja siap perli-perli la, dan macam-macam lagi yang negatif. Hallo kawan, itu kan tempat cari rezeki bagi anak bini laki makan tu. Jangan la dok cemuh macam-macam. Pekerjaan merupakan salah satu faktor stress dan tidak gembira / bahagia (selain masalah cinta, keluarga dll). Kalau anda menyampah dan tak suka dengan kerja atau suasana kerja anda, senang je. BERHENTI LAH KERJA.

Fikir betul-betul. Kenapa anda kerja? SEBAB NAK CARI DUIT. Anda tak kerja untuk isi masa lapang / hobi / minat kan? (kalau ada pun sekelumit saja lah golongan tu dalam dunia ni). Anda kerja sebab nak duit untuk kelangsungan hidup (bayar bil, makan, pakaian, kereta, rumah dsb)

Fikir yang ni pula. Kalau anda ada duit, adakah anda akan bekerja? MESTILAH TAK! Buat apa buang masa pastu penat-penat 12jam satu hari nak kerja kalau dah ada duit banyak ye tak? Baik spend masa dgn anak2, gi mancing, jalan2, lepak surau / masjid, main futsal siang malam dsb.

Kemudian, sila fikir. Adakah bekerja ni satu-satunya cara untuk dapat duit? TENTULAH TIDAK. Kalau ada cara lain boleh dapat duit yang sama atau lebih banyak, adakah anda akan buat? MESTILAH BUAT KAN? Rezeki ada di mana2. Macam-macam benda boleh jual di negara anda. Trade saham, trade forex, jual tudung, jual baju kurung moden, jual karipap, jual ubat kuat batin, jual ayam… ahhh memang banyaklah senang cerita. Tengok saja di sekeliling anda.

Apa nak risau…. orang jual ayam sikit je berbanding yg makan ayam.
Apa nak risau…. orang jual tudung sikit je berbanding yg pakai tudung
Apa nak risau…. orang buat website sikit je berbanding yg perlukan website
Apa nak risau… orang jadi kontraktor sikit je berbanding yg jadi kontraktor
Apa nak risau… orang kuat tenaga batin sikit je berbanding yg kuat tenaga batin

Jadi, juallah apa yang DEMAND > SUPPLY. Senang je kan?

Oh ya perasan tak saya suruh berniaga kat atas tu? Sebab makan gaji takkan menjadikan anda kaya. Fine, anda mungkin akan naik gaji. Tapi harus ingat, adakah kerja anda jadi makin sikit? adakah tanggungjawab anda makin ringan? at the end, kepala anda makin berserabut juga kan? Dan, masa anda dalam 12jam satu hari dah confirm akan habis kat situ. Tidakkah indah jika 12jam tu dapat BUAT BENDA YANG ANDA SUKA? Sahabat, 9/10 rezeki datang dari berniaga. Bukan saya cakap tapi bukankah itu yg agama Islam ajarkan?

Berniaga apa saja pun boleh maju. Syaratnya satu je, BELAJARlah berniaga dulu. Banyak je orang yang mengajar kita untuk berniaga. Che Li, Dr Azizan Osman, Dr Shah Razali, Dr Irfan Khairi, Aqif Azizan dll. Ini tidak, ilmu takde pengalaman takde nah amik kau buat personal loan puluhan ratusan ribu last-last lingkup. Tolonglah jangan jadi camtu. Mulakan dgn apa yg anda ada. Biar from zero to hero. Bukan from hero to zero okey.

SAYA MEMANG NAK BERNIAGA, TAPIIIII….

Tak reti berniaga? BOLEH BELAJAR
Tak tau nak berniaga apa? JUAL APA ANDA MINAT, APA ORANG CARI atau APA YANG ANDA MAHIR BUAT
Takde masa? CARI LAH MASA. hentikan bazir masa baca gosip artis dll tu
Berisiko tinggi? DENGAN ILMU RISIKO JADI RENDAH. Ramai lingkup sebab takde ilmu
Takde modal? CARI LAH MODAL. Cari pelabur, buat bisnes tanpa modal dll
Takut gagal? BUAT PART TIME DULU. dah double income dari gaji, baru resign
Takde geng? CARI GENG DI MAJLIS-MAJLIS ILMU. bukan di kedai kopi

Hendak seribu daya tuan-tuan. Jangan banyak songeh dan beralasan. Kalau perlu labur utk dapatkan ilmu berniaga, laburlah. Elok labur RM500 sekarang daripada rugi RM50,000 di kemudian hari sebab kedekut nak menimba ilmu.

BELAJAR DEGREE KELUAR DUIT RM20,000+ BILA GRAD GAJI RM2,000 BOLEH PLAK. BELAJAR RM2,000 BERPOTENSI DAPAT RM20,000 TAKKAN TAK NAK?

Akhir kata, fikirkan semula persoalan-persoalan yang saya kemukakan di atas tu. ADAKAH ANDA GEMBIRA DENGAN PEKERJAAN ANDA SEKARANG? ADAKAH IANYA BERBALOI DENGAN JEM YANG ANDA TEMPUH, GAJI YANG ANDA TERIMA, BEBAN KERJA YANG ANDA TANGGUNG, TANGGUNGJAWAB / AMANAH YANG DIPEGANG DAN ORANG-ORANG TERSAYANG YANG ANDA TINGGALKAN DI RUMAH? Hanya anda yang ada jawapannya

Semoga perutusan di atas sedikit sebanyak membuatkan fikiran anda lebih terbuka.

Share lah dengan kawan-kawan sempena Hari Pekerja ni orait

Oh ya kadangkala ada juga soalan ni terpacul:

KALAU DAH SEMUA ORANG BERNIAGA SIAPA NAK KERJA?!

Jawapannya, bukan semua orang nak berniaga dan jadi kaya. Ada yang suka dgn comfort zone mereka dan seronok dgn kerja yg mereka lakukan. Jadi, jangan risau. Yang penting, ANDA yang sedang membaca post ini kena tanya diri sendiri, adakah anda mahu menjadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat? Again… Demand sentiasa melebihi Supply. Itu menunjukkan betapa sikitnya warga berniaga berbanding warga pekerja.

Sekian, Wassalam. Semoga bermanfaat

Terima kasih dan semoga anda belajar sesuatu dari post ini

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY