Home Motivasi Pengajaran Singapore Grand Prix Yang Perlu Anda Tahu

Pengajaran Singapore Grand Prix Yang Perlu Anda Tahu

245
Pengajaran Singapore Grand Prix Yang Perlu Anda Tahu

Long weekend, seronok kan? Time to fuel some inspirations while people are having a good time. Yeah! 😀
.
Singapore Grand Prix (Formula 1) telah dianjurkan sejak tahun 2008. Hujung minggu ni diorang race kat situ. Tahukah anda, Singapore F1 ni diadakan di atas jalanraya biasa? Maksudnya, time F1 dia tutup and khususkan untuk F1. Habis F1, ia jadi jalan biasa untuk digunakan oleh rakyat mereka. Kalau Malaysia, kita ada race track sendiri kan iaitu Litar F1 Sepang.
.
Sembang dengan orang Singapore, mereka kata kalau nak buat litar khas nanti ianya jauh dari bandar. Lagipun, mungkin litar tu akan jarang digunakan (kalendar F1 kan setahun sekali je). Buat habis duit je nanti. So, diorang pun convert je laluan di sekitar Marina Bay Sands tu jadi litar F1. Tak payah buat litar baru. Jimat belanja. Smart kan? 🙂
.
Hasil daripada idea tersebut, Singapore F1 ada keunikannya tersendiri iaitu ia adalah race F1 pertama di dunia yang diadakan pada WAKTU MALAM, dan yang pertama di Asia yang diadakan di jalan raya biasa. Singapore F1 telah mempromosikan lagi Singapore di mata dunia, dan menambahkan kemasukan pelancong asing ke sana.
.
Just nak bagitahu, anda pun boleh buat macam tu juga. Kaji kekuatan dan kelemahan diri anda sedalam-dalamnya. Anda kena kenal diri anda lebih daripada orang lain kenal anda. Anda kena tahu apa yang dah ada dalam genggaman anda sekarang. Jangan sibuk kejar benda lain selagi diri sendiri tak habis explore lagi potensinya. Guna dan buat dulu apa yang dah sedia ada. Orait?
.
Contoh: Jiran sebelah meniaga burger selalu mengadu leceh nak beli daging burger hari-hari. Anda offer lah khidmat tolong beli daging burger tu. Ambik upah RM10 – 20 sehari. Kalau sebulan dah RM300 – 600. OK lah, boleh juga buat bayar something or buat savings kan? Bukan makan banyak masa pun buat kerja tu. Anda dapat upah, dia dapat selesaikan masalah dia. Win win 🙂 😉
.
.
Silakan SHARE / TAG rakan-rakan anda orait (Y) Kalau suka post ni derma la Like / Komen sket. Hehehe…
.
Sekian terima kasih 😀
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
17 SEPTEMBER 2016
www.forexsebenar.com
www.kayamuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY