Muhammad Faiza Azmi merupakan seorang Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant atau CA) dan Pengurus Percukaian di salah sebuah firma perakaunan besar yang tarletak di Puchong, Selangor. Beliau merupakan lulusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Univeristi Malaya, sama seperti En Khalid Hamid pengasas Kaya Muda. Beliau berpengalaman lebih 6 tahun di dalam bidang audit, percukaian dan perakaunan. Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam khidmat nasihat serta perancangan percukaian, dan juga bidang yang lebih menggerunkan iaitu penyiasatan audit percukaian.
Beliau merupakan penasihat rasmi dalam bidang-bidang di atas untuk Kaya Muda. Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat beliau, beliau boleh terus dihubungi menerusi talian 012-939 5801 untuk mendapatkan khidmat professional pada kadar yang amat berpatutan.