Home Perniagaan Nak Memulakan Perniagaan? Jawab Soalan Pertama Ni

Nak Memulakan Perniagaan? Jawab Soalan Pertama Ni

178

Macam-macam bisnes boleh buat. Daripada semuanya, tanya diri sendiri:

“BERAPA CEPAT SAYA BOLEH PULANG MODAL?”

Itulah soalan pertama yang anda perlu jawab. Saya terdetik untuk kongsikan entry ni sebab baru-baru ni kawan lama saya ajak melabur dalam perusahaan dobi yang memakan modal sebanyak RM300,000. Semuanya nak CASH!

Berdasarkan pemerhatian sendiri dan pengalaman jiran yang buat bisnes dobi, saya terus menolak pelawaan beliau kerana tempoh masa yang diperlukan untuk pulang modal adalah terlalu lama. Kalau sebulan dapat RM10,000 bersih pun, 30 bulan baru boleh pulang modal atau 2 tahun 6 bulan. Selepas tempoh azab itu, barulah saya boleh “menikmati” keuntungan-keuntungan seterusnya.

Ia satu tempoh yang sangat lama. Fikirkan, dalam tempoh 2 tahun 6 bulan anda nak breakeven tu…

– Pesaing akan bertambah
– Mereka mungkin pancung anda dengan menawarkan harga lebih rendah,
– Memberikan perkhidmatan yang lebih baik,
– Aktiviti Marketing mereka lebih gempak,
– Krisis air mungkin berulang,
– Tarif elektrik mungkin dinaikkan lagi…
Dan macam-macam lagi yang boleh berlaku!

Anda dah labur (atau lebur?) ratus ribu larat lagi ke nak “pump” duit lagi untuk persaingan dan kecemasan?

Jadi, pilihlah perniagaan yang anda boleh pulang modal dalam tempoh 3 bulan atau kurang.

Janganlah pilih bisnes yang berat-berat atau kena keluar modal besar. Banyak je bisnes modal rendah tetapi pulangan tinggi yang anda boleh pilih.

Terima kasih dan semoga anda belajar sesuatu dari post ini

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY