Home Apple Nak Beli Ke Tak IPhone 7 Ni Ek?

Nak Beli Ke Tak IPhone 7 Ni Ek?

563
Nak Beli Ke Tak IPhone 7 Ni Ek?
Nak Beli Ke Tak IPhone 7 Ni Ek?

Saya pakai iPhone 4S sejak awal 2011. Masa tu kerja kat Penang. Sign-up plan Celcom, murah sikit kan. Kontrak 2 tahun. Lepas tu saya pakai iPhone 5, kemudian iPhone 6 Plus sampai lah sekarang. Semua under kontrak 2 tahun, sebab tiap-tiap bulan memang bayar bil pun kan. Baik ambik kontrak, dapat beli harga lagi murah. Hehehe… 😀
.
Saya pakai iPhone sebab tahun 2010 masa kerja kat KL saya terpegun giler bila staff tunjuk saya iPhone 4 dia boleh zoom-in gambar, boleh rotate, boleh screenshot, gambar sharp giler dll. Fuhhh… masa tu smartphone iPhone paling canggih rasanya. Smartphone lain tak boleh lawan lah masa tu. Sejak pakai iPhone, saya memang stick dengan iPhone sahaja.
.
Semalam iPhone 7 launch. Harga paling maksimum (7 Plus 256GB) ialah RM4,799 dah boleh beli sebijik motor. Adakah saya akan beli…?
.
TIDAK. Sebab sepanjang pakai iPhone ni, saya dapati ciri-ciri penambahbaikan tu dah tak banyak macam dulu. Harga pun dah makin mengarut dah. Semalam saya pergi Apple store dan test sendiri. Takde beza sangat pun dengan iPhone 6 Plus saya ni dari segi kualiti gambar & feel nya.
.
Dulu saya upgrade ke iPhone 6 Plus sebab nak iPhone screen besar. Senang nak trade hehehe :D. Kalau anda tengah fikir nak beli ke tak, ni pendapat peribadi saya:
.
DAH ADA IPHONE, NAK UPGRADE?
.
Depend anda guna iPhone apa sekarang ni. Kalau 6, tak yah lah. Takde la banyak sangat improvement nya tu. Tak caya boleh gi Apple store untuk test sendiri. Kalau anda pengguna iPhone 4 or 5, then perubahan tu banyak so worth it kalau nak upgrade.
.
1ST TIME NAK CUBA PAKAI IPHONE?
.
Go ahead. Anda akan rasai perbezaannya. Itu yg saya rasa dulu masa mula-mula pakai iPhone ni. Teknologinya dulu maju ke hadapan, sebab tu iPhone jarang ada model baru [sekarang ni smartphone lain punya function lagi banyak tapi selalu crash / hang pulak]. Kalau brand lain, selang 2 – 3 bulan ada model baru keluar. Kita pun berbulu je kan? Baru beli nak jual harga 2nd hand pun jatuh banyak. Iphone punya resale value memang tinggi woo (Y)
.
Akhir kata, gunakanlah smartphone anda untuk buat duit. Tak payah laptop or PC dah kalau nak buat biz online sekarang ni. Sebelum beli, make sure anda akan lenjan cukup-cukup secara produktif lah. Bukan sekadar nak amik selfie, main fb, main ig, main game dll jer. Gunakanlah gadget anda utk buat duit or sesuatu yg bermanfaat orait. 😀
.
.
Silakan SHARE kalau mahu. TAG lah kawan-kawan, mana tahu boleh tolong diorang buat keputusan kan 🙂
.
#apple
#iphone
#iphone7
#iphone7plus
#BolehBeliMotorSebijik
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID (kacukan Melayu + Jawa + Siam)
www.forexsebenar.com
www.kayamuda.com
.
P/S – Tahukah anda, iPhone dilancarkan pada 2007 telah merevolusikan mobile phone. sebelum iPhone, semua handphone ada keypad. Bila iPhone muncul, semua pesaing follow iPhone. iPhone agak ke hadapan masa tu, tapi sekarang iPhone macam dah ke belakang pulak. Cuma dari segi kelasakan & kecekapan, iPhone still menang (Y)

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY