Home Kaya Muda Najib idola saya. Kenapa?

Najib idola saya. Kenapa?

417

Isy isy isy. bukan Najip Rajak lah, tapi Mohd Najib Bin Asaddok smile emoticon

Sabtu lepas 06 September 2015 saya berkesempatan hadir ke Seminar Roket Emel beliau bersama PA & kawan saya.
.
Seminar yang dianjurkan memang “meleleh, menangkap dan menusuk kalbu”! Najib memperlihatkan karektor, karisma dan kepakarannya sebagai seorang internet marketer (IM) yang hebat. Kebolehan public speaking beliau juga tiada tandingan. Straight berjam-jam bercakap tapi audiens tidak rasa bosan atau hilang tumpuan, malah dalam hati berkata “bagi lagi Najib, bagi lagi!” sebab terasa sangat sekejap perkongsian beliau.
.
Demonstrasi beliau membuat jualan dengan mudah membuatkan audiens terpaku. Baru sikit je beliau keluarkan ayat-ayat power tapi kita yang duduk bawah mendengar ni rasa terpanggil nak angkat tangan dan tanya “awak jual apa? saya nak beli ni” walaupun beliau tak bagitahu pun apa produk yang beliau nak jual tu hahaha. Itulah tugas seorang marketer iaitu membuatkan PELANGGAN KEJAR KITA, bukan kita kejar pelanggan.
.
Skill menjual beliau sangat power. Tidak hairanlah beliau antara internet marketer yang popular di Malaysia ketika ini. Saya yang dah power dalam IM ni pun (hahahaha ayat tak nak kalah) banyak belajar daripada seminar beliau. Ini bukan seminar basic. Ilmu-ilmu advanced turut diajar. Kalau betul faham dan bertindak, apa yang diajar tu dah boleh buat duit dah. like emoticon
.
Saya sembang kencang anda mungkin tak percaya. Anda datanglah sendiri dan nilai orait. Bukan saya seorang, malah testimonial peserta-peserta lain yang lebih memukau pun anda boleh baca di sini:
.
http://bit.ly/komenpanassre
.
Cepat daftar seminar JB & KL bulan Oktober di sini kalau nak join. Biasanya seminar beliau memang full house:
.
http://www.roketemel.com/ #roketemel
.
Personally, bisnes melalui internet adalah bisnes yang paling mengarut. Keluar kos / modal sikit tapi untung banyak gila. Sekarang zaman internet dah laju dah. Takde wayar pun boleh dapat internet melalui smartphone. Memang rugi kalau anda tak buat bisnes melalui internet nih. Kalau nak belajar, belajarlah daripada yang pakar seperti Najib. Anda boleh capai kejayaan dengan lebih pantas melalui ilmu dan mentor yang tepat.
.
.
KENAPA NAJIB IDOLA SAYA?
.
Intipati Motivasi Jumaat hari ni yang saya nak kongsikan adalah sama dengan apa yang Najib bagitahu dalam seminar beliau, iaitu KENAPA ANDA NAK BERJAYA DALAM HIDUP. Untuk Najib, jawapan beliau adalah kerana IBUNYA. Beliau nak berjaya kerana nak memberikan kesenangan untuk ibunya, isterinya, anak-anaknya dan seluruh keluarganya.
.
Saya pun sama. Saya nak berjaya kerana saya nak senangkan ibubapa saya yang selama ni bersusah-payah membesarkan saya. Kalau kita betul-betul kenang dan hargai jasa ibubapa kita, mustahillah kita tak jadi “orang”. Tak kesian ke fikir balik apa mereka dah buat untuk kita masa kita kecil dan tak berdaya? Anggaran saya, 18 tahun ibubapa besarkan kita. Berapa juta dia dah habis untuk kita? Ada kita kira tak?
.
Habis tu, bila pulak kita nak balas balik jasa-jasa mereka tu? Masuk 20-an anda mungkin dah mula kerja, lepas tu beli kereta. Beli rumah. Kahwin. Dapat anak. Renovate rumah. Tambah perabot rumah dan macam-macam lagi komitmen yang akan datang selepas tu. Bila mak bapak anda nak berehat dan merasa titik peluh anda pula? Takkan lah anda dah kerja / berniaga tapi mak ayah anda pun masih perlu bekerja? Tak patut tu…
.
Sebab tu lah, anda kena berusaha gigih untuk berjaya secepat yang mungkin. Jangan bertangguh lagi sebab ibubapa kita bukannya muda lagi. Penyakit dah mula menyerang. Badan dah tak kuat macam dulu. Anda kenalah bagi mereka kesenangan dan ketenangan sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Kalau ditakdirkan mereka jatuh sakit, takkan anda nak cakap “boss tak bagi cuti untuk jaga mak / ayah” pulak?
.
Saya masa mula-mula nak jadi businessman, saya serahkan sikit duit gaji saya pada mak saya dan mintak beliau doakan saya murah rezeki. Saya tak mintak benda lain. Saya mintak doa je. Alhamdulillah, doa tu makbul. Anda kalau masih ada mak ayah, mintak la mereka doakan anda. Doa mereka ajaib dan mustajab. Mintak benda baik, Tuhan pasti akan kabulkan. Jadilah kaya sebab orang lain (ibubapa, isteri, anak-anak dsb), bukan sebab diri sendiri. Perjalanannya nanti akan lebih mudah. Percayalah…
.
Orait sekian sahaja perkongsian kali ni. Jumpa lagi dalam post-post saya yang akan datang.

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY