Home Kaya Muda Lunch saya waktu bekerja dahulu

Lunch saya waktu bekerja dahulu

369

Ni cerita masa saya kerja di HQ, di pusat bandar KL tahun 2009 – 2010. Masa ni saya bujang lagi lah. HQ saya di Lebuh Ampang, KL berdekatan dengan stesen LRT Masjid Jamek.
.
Saya sering diajak oleh staff untuk lunch sama di tempat-tempat “ada class”. Sekali lunch memang rabak, RM20 – RM40 tak lari. Kalau sebulan 20 hari kerja dah RM400 – RM800 untuk makan lunch sahaja. Belum kira breakfast & dinner lagi tu. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk “menipu” mereka. Setiap kali mereka ajak lunch, saya akan kata ada lunch appointment dengan member (walaupun sebenarnya tak ada) cry emoticon
.
So, pergilah saya LUNCH SEORANG DIRI dekat satu “lorong tikus” yang popular dengan Nasi Briyani Tajuddin. RM5.00 sahaja sebungkus. Kadang saya makan situ, tapi most of the time saya akan ke belakang lagi. Situ ada makcik dari Ampang berniaga nasi campur. Saya boleh lunch nasi separuh + lauk ayam/ikan + sayur harga dalam RM3.00 – 4.00 je. Waktu tu bajet saya lunch ialah RM5.00 sehari. Pergi kerja naik motor, parking free. Memang jimat gila-gila punya lah waktu tu sebab nak simpan duit punya pasal.
.
Sekarang makcik tu tak berniaga lagi dah. Lorong tikus tu telahpun ditutup. Tajuddin dah pun berniaga kat shoplot depan Central Market, dan harga Briyaninya telah dinaikkan ke RM6.00 (sekarang tak tau lah berapa) grin emoticon
.
Akibat daripada sikap “jaga poket” ni, saya memang tak ramai kawan sepejabat yang rapat. Tak ramai yang sanggup lunch kat tempat “lorong tikus” macam saya. Tak ada yang nak berkawan dengan orang yang “takde class” macam saya. Alhamdulillah, saya tak pernah lagi kena sakit kronik sebab makan kat tempat-tempat macam ni. Breakfast saya makan cereal, dinner makan sandwic letak tuna + cheese. Cukuplah buat alas perut. Nak makan sedap-sedap pun buat apa. Kita makan sebab nak tenaga je.
.
Tapi ingat ye, jimat tu jimat gak. Kesihatan kena jaga. Jangan bedal nasi lemak hari-hari. Tak baik untuk jantung. Kolesterol tinggi tu. (yelah nasi lemak kan murah baru RM2.00 sebungkus).
.
Pengajaran saya nak sampaikan di sini ialah…
.
Biarlah orang nak kutuk, biarlah tak ada kawan, biarlah tak ada class… janji anda tak merana semata-mata nak “nampak berduit” macam orang lain. Jangan terikut-ikut orang, sebab nanti anda sendiri yang susah. Duit-duit yang anda jimat tu, salurkanlah ke arah pembangunan diri. Laburkan ke arah ilmu melalui buku, seminar, kelas, workshop dan sebagainya dalam bidang yang anda minat nak kuasai. Kalau anda konsisten, pengorbanan kecil anda itulah yang boleh membeli kebebasan anda suatu hari nanti.
.
Sekian terima kasih semoga bermanfaat.

P/S 1 – Gambar hiasan makan lobster kat Bangsar. 2 orang makan dekat RM350. Sesekali je saya makan macam ni. Most of the time wife saya masak. Bukan nak jimat, tapi sebab malas keluar rumah. Setakat ni lobster paling sedap (dan murah) saya makan kat Krabi, Thailand. Saya memang gila seafood. Tiap kali gi Sabah mesti melantak seafood. Tak caya boleh tanya Princess Humairah grin emoticon
.
P/S 2 – Selain belanja makan, belanja parking juga salah satu kos yang tinggi kalau kerja di KL. Depan HQ saya RM32 – 40 sehari (RM4.00 sejam). Kalah belanja makan. Baik naik motor macam saya or naik public transport je lah… banyak boleh jimat tuh. Masa pun tak terbazir.
.
P/S 3 – Gaji saya masa tu RM4,500+. Apa class gaji besar makan kat lorong tikus kan? Hahaha… saya tahu ramai tak sanggup. Sebab tu masih ramai yang tak kaya-kaya sebab nak jaga standard masing-masing. Gaji besar mana pun takkan cukup kalau tak tahu urus wink emoticon

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY