Home Kaya Muda Kisah ‘IPHONE6Plus’ saya dan ‘life lesson’ untuk anda

Kisah ‘IPHONE6Plus’ saya dan ‘life lesson’ untuk anda

918

Alhamdulillah akhirnya semalam saya berjaya juga mendapatkan Iphone 6 Plus 64GB warna silver. Saya melalui pelbagai ujian dalam mendapatkannya. Ceritanya begini…
.
Sebelum ni, saya guna Iphone 5 yang menggunakan plan Celcom i98 saya carry forward masa beli iPhone 4S dulu. kuota data 2GB sebulan. bila habis kontrak, saya carry on dan tukar ke iphone 5. Bila keluar iPhone 5S, saya tak rasa nak tukar pun sebab saya tak nampak banyak penambahbaikan. So saya tunggu je la next iPhone model, sehinggalah keluar iPhone 6 & 6 Plus (6+).
.
Nak ambik plan celcom i98 iPhone 6+, semua stok habis. kena masuk waiting list entah bila akan tiba giliran saya. Ada 6 outlet saya pergi di pelbagai tempat, semua bagi jawapan sama iaitu “stok takde la, kena masuk waiting list dalam 300+ orang”. Dengar ramai sangat menunggu, saya pun masa tu fikir beli je la kat kedai phone tu. PERGI KEDAI PUN STOK TAKDE! Saya nak iPhone 6+ 64GB Silver saja. tak nak warna lain. warna ni memang hot kalau nak dibandingkan dgn warna space grey atau gold tu. Ni pun sama gak, banyak Apple outlet saya pergi semua kata takde stok. Lalu saya pun pulang dengan hati yang kecewa… cry emoticon
.
Balik rumah saya bermuhasabah diri dan fikirkan 2 pilihan yg saya ada:
.
1 – Cuba lagi cari outlet lain, beli direct dari Apple. harga RM3,179
2 – Masuk waiting list celcom, tunggu je la sampai giliran
.
Bila difikirkan secara menyeluruh, ternyata no 2 tu pilihan yg lebih bijak. Sebab?
.
1 – Bil tetap kena bayar tiap-tiap bulan. Kalau beli dari Apple, saya kena keluar duit lagi untuk bayar bil bulan2 pula. so, baik ambik kontrak selama yg mgkin iaitu 2 tahun. macam saya cakap, saya tak rugi apa2 sebab tiap2 bulan memang kita akan guna phone tu kan
.
2 – Dengan membeli dari Celcom, saya jimat dekat RM600. harga iPhone 6+ kalau ambik kontrak RM98 selama 2 tahun akan jatuh harga RM2608. Memang la ada kontrak, tapi apa nak heran sebab benda tu memang kita akan utilise
.
3 – Plan Iphone 4S saya tu kuota dia cuma 2GB je. Kalau saya ambik dengan Celcom, dia bagi 3 + 1.05 GB. Total 4.05 GB. bulan2 still bayar RM98 gak. so saya dapat extra data pada harga yg sama.
.
Setelah saya buat keputusan, saya pun pergi lah ke Celcom terdekat dan book. Saya book tanpa menaruh harapan sangat, sebab dia kata ada 174 orang dalam waiting list. Masa tu 18 Januari. Dia kata nanti sampai giliran dia akan call. Jadi, saya teruskan kehidupan macam biasa menggunakan iPhone 5 tu. Tunggu punya tunggu, langsung takde call. Dah sebulan lebih dah. Saya pun dah tak sanggup tunggu lebih lama, last resort saya ialah pergi semula ke branch tu Isnin lepas (23 Feb 2015) dan tanya directly bila akan sampai giliran saya. Setelah tunggu dalam 20 minit, then pegawai tu keluar semula membawa sesuatu dalam kotak berwarna putih. Saya tertanya-tanya seketika, then saya tanya dia “ni iPhone yang saya book tu ke?” lalu dia membalas “ya encik. encik tak ada dapat call ke?” PERGHHHHHHHHH AKHIRNYA KESABARAN SAYA TERBALAS JUGA. Penantian sekian lama berakhir dan kini saya berjaya memiliki Iphone 6+ tersebut setelah lebih 2 bulan proses mencari dan menunggu.
.
JADI, APAKAH PENGAJARANNYA?
.
1 – Dalam hidup, ANDA SENTIASA ADA PILIHAN, maka buatlah pilihan yang menguntungkan diri anda dan juga orang lain.
.
2 – Walaupun ada pilihan, ada kalanya KEADAAN SEKELILING AKAN MEMAKSA ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA. Saya mungkin akan beli terus iPhone tu dari kedai kalau saya tak cukup penyabar, tetapi saya rasionalkan diri saya sebab saya masih boleh hidup dgn iPhone 5. Jangan mudah tunduk, sebaliknya fikirkan secara rasional keputusan terbaik. Kalau tak urgent, take your time dan fikirkan dalam-dalam. Jangan lupa buat research.
.
3 – KESABARAN ITU ADA HASILNYA. Bersabarlah setelah berusaha dan jangan putus berdoa. Kelak yang kita kejar tu akan datang sendiri kepada kita tanpa perlu dikejar lagi.
.
4 – SETIAP USAHA TU PASTI ADA HASILNYA. Hasil tak ada bila tak berusaha. Sekecil-sekecil usaha anda mungkin memberi rezeki sebesar-besar yang anda tak duga. Contoh macam masuk peraduan. Takat isi borang dalam suratkhabar, tengok-tengok menang kereta sebijik. Siapa tahu? Rezeki itu kan ketentuan-Nya smile emoticon
.
5 – Dalam forex trading, kita kena tunggu untuk entry pada HARGA KITA NAK, bukan harga market bagi. Cekalkan hati, tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk entry di zon yang kita dah analisiskan. Set PO, lepas tu TUTUP CHART! H4 / D1 dah close baru tengok semula. Dengan cara itu, emosi anda lebih terkawal kerana anda set entry terbaik pada risiko terendah.
.
Sekian, semoga anda mempelajari sesuatu. Jangan biarkan tekanan hidup menyebabkan anda tiada pilihan. Hidup ini sentiasa ada pilihan. Saya berhenti kerja bank dulu sebab saya mahukan kebebasan, bukan sebab saya kena buang / tak suka rakan sekerja dsb. Saya percaya ada sesetengah daripada anda mungkin tak suka dengan pekerjaan sekarang, tetapi TERPAKSA bekerja sebab “nak cari sesuap nasi”. Again, pilihan di tangan anda. Anda boleh berhenti kerja dan cari rezeki di tempat lain mahupun dengan cara lain. Pintu rezeki itu amatlah luas terbentang. Sebelum berhenti kerja, pastikan dah ada perancangan terlebih dahulu. Buat biz part-time, once part-time income 2X gaji, baru selamat utk resign.
.
Remember, we always have a choice on what we want to do or what we want to become. It’s in your hand, you can change it. Everyone deserves a better life.

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY