Home Kaya Muda Kisah 1 Dollar

Kisah 1 Dollar

1806

Salam pagi semua fans TEKNIK FOREX SEBENAR (TFS). Kisah yang diceritakan di bawah adalah eksklusif, yakni tidak pernah diceritakan kepada sesiapa atau di mana-mana. Tiada juga di dalam ebook PREVIEW PERCUMA (boleh didapati di www.forexsebenar.com) mahupun versi penuh. Sila baca dengan hati yang teruja…

Gambar tersebut merupakan gambar USD 1.00, di belakangnya pula ialah Trading Journal saya. Apa istimewanya USD 1.00 ni? Adakah orang baik hati sedekah kat saya? Atau baki wang masa saya pergi US? Oh tidak, saya belum pernah sampai US lagi (haha). Begini kisahnya…

Masa saya mula bertatih dalam forex, saya banyak mengalami kegagalan. Beli indi, beli robot, pergi seminar, beli buku, baca ebook… ahhh… macam-macam lagi lah. Duit habis kering dah waktu tu. (masa tu student lagi) Saya ada RM5.00 je balance. Apa saya buat ialah, saya pergi money changer dan tukar USD 1 pada kadar RM3.50+ waktu tu. Balance tu buat minyak motor kapcai Kriss saya. Orang yang jaga money changer tanya “tukar USD 1.00 buat apa? You pergi US apa pun tak boleh beli. Haha”. saya jawab…

“SAYA AKAN TUKAR USD 1.00 NI JADI RM 1 JUTA”

Reaksi orang tu? Macam Hot FM la, GELAK SAKAN. Saya beredar dari situ dengan perasaan geram. Sabar je lah kan. Balik rumah saya study lagi forex dengan lebih mendalam dan tekun. Monitor merupakan sahabat karib saya. Rentak market saya fahamkan. Siang malam saya study market, baca news, baca perkembangan ekonomi dan 1001 macam lagi. Saya tekad dan membuat komitmen, SAYA TAK MAHU GAGAL LAGI! Saya dah berusaha selama ni, kalau saya berhenti segala usaha saya akan sia-sia. Saya tak nak jadi macam tu!

Dengan usaha berterusan, sedikit demi sedikit mula menampakkan hasil. Saya sudah mulai faham…

– apa yang “bahasa chart” iaitu candlestick beritahu saya
– saya faham bila market betul-betul bergerak dan beri profit banyak
– saya faham bila market nak berubah arah
– saya faham bagaimana nak jaga modal supaya boleh survive sampai bila-bila
– saya faham apa itu emosi dalam trading
– dan paling best, saya faham di mana lokasi terbaik untuk enter post supaya risiko minimum tetapi profit maksimum

Untuk mencapai tahap itu SANGAT SUSAH GILER!!! Tau tak kenapa? Sebab kurangnya rujukan dalam Bahasa Malaysia. Apa yang banyak diajar kat Malaysia ni? GUNA INDI, ROBOT, AJAK JOIN SKIM LABUR-LEBUR, atau 100% COPY www.babypips.com. Saya banyak belajar dari forum antarabangsa dan buku-buku English. Tak faham apa-apa memang struggle sendiri jer. Sebab itulah nak dapat ilmu FX yang betul dan faham forex ni memakan masa yang amat lama bagi saya. KURANGNYA SUMBER RUJUKAN BERKUALITI. Selain daripada forum dan buku, selepas graduate saya bekerja dengan sebuah bank antarabangsa di Malaysia department Global Markets. Saya berjaya mendapatkan ilmu trading dari professional forex trader! Syukur syukur…

Atas kesedaran itulah saya hasilkan TEKNIK FOREX SEBENAR sebab nak dapatkan ilmu FX A-Z mengikut acuan professional trader memakan masa yang lama dan perlu merujuk kepada banyak sumber. Penat, serius penat. Dengan TFS “learning curve” anda menjadi lebih pantas dan pendek Insya-Allah.

Berbalik kepada kisah USD 1.00 tadi, alhamdulillah saya berjaya menjadikan janji saya tu kenyataan setelah sekian lama. Adakah ia dicapai dengan goyang kaki sahaja? Haha, sudah tentulah tidak. Bak kata orang putih, “tears, blood, sweat had been shed” (tangisan, darah dan peluh telah dikeluarkan).

Iktibar yang ingin saya sampaikan dalam bentuk rumusan :

1 – Buat komitmen kepada diri sendiri untuk berjaya. Tulis atas kertas atau buatlah apa saja. Macam saya, komitmen saya ialah tukar USD 1.00 kepada RM 1 juta. kenapa saya tukar duit tu? sebab saya kan nak jadi FOREX trader berjaya. so itulah simboliknya

2 – Jangan putus asa, kalau putus asa maknanya segala usaha, wang, masa dan tenaga yg dilabur sebelum ni jadi sia-sia je. buat penat. baik tak yah berusaha kalau camtu. ye tak?

3 – Kejayaan tak akan datang bergolek! ini bukan citer Hollywood, Bollywood atau Mollywood. ini REALITI. tanpa usaha takkan ada jayanya.

4 – Apa benda kita buat dalam dunia ni MESTI KENA FAHAM! saya ulangi, MESTI KENA FAHAM! ramai gagal sebab tak faham. semua nak shortcut. Beli robot forex, ingat switch ON lepas tu hari-hari gi ATM keluar duit ke? HAHAHA… TERUSKAN BERANGAN! Bila anda faham, tahu dan sedar apa yang anda buat… kejayaan akan mula menampakkan sinarnya.

5 – ILMU KENA ADA. tanpa ilmu susah nak berjaya. ilmu free ada, ilmu berbayar pun ada. berbalik kepada #4, ilmu yang anda pelajari mesti membuatkan anda FAHAM APA ITU FOREX dan BAGAIMANA FOREX BERGERAK.

6 – Malu bertanya sesat jalan. rajinkan diri bertanya para traders lain dalam support group, forum dan sebagainya. kalau tidak, memang lambatlah kejayaan anda menjelma. dengan pemahaman yang betul pasti kejayaan datang dengan lebih cepat.

Sekian, semoga memberi inspirasi kepada para traders di luar sana. Terima kasih atas kesudian anda membaca. LIKE dan SHARE jika anda rasa berinspirasi atau ingin kongsikan inspirasi ini kepara rakan-rakan yang lain.

INGAT, JANGAN SESEKALI PUTUS ASA, KALAU TAK NAK SEMUANYA JADI SIA-SIA.

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

4 COMMENTS

  1. Sangat terujah dan dapat motivasi. Sampai masanya, saya pasti berjaya seperti tuan KH.Doakan saya tuan.Thanks & God Bless you!

LEAVE A REPLY