Home Kaya Muda Kenapa Kita Kena Kaya Muda?

Kenapa Kita Kena Kaya Muda?

357

Kalau kita tunggu dah tua baru nak kaya (itu pun majoritinya melalui KWSP), kita takkan dapat buat benda-benda ni:

1) Bagi ibubapa merasa nikmat pergi Haji, Umrah atau melancong

2) Langsaikan hutang ibubapa yang mungkin mereka buat untuk membesarkan kita

3) Membayar bil perubatan ibubapa

4) Menyediakan kereta dan tempat tinggal yang lebih selesa untuk ibubapa

5) Memberi duit sara hidup yang banyak kepada ibubapa

5 yang teratas memang saya dedikasikan untuk ibubapa kita. Ini kerana merekalah yang telah banyak berjasa kepada kita sejak dari kita lahir lagi. Mereka buat itu semua tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Apabila usia ibubapa kita semakin lanjut, kudrat mereka juga semakin lemah. Pelbagai penyakit mula menyerang. Tak masuk lagi kos sara hidup yang makin meningkat. Kita sebagai anak sanggupkah melihat ibubapa kita yang dah semakin uzur terpaksa lagi bekerja? Kita sebagai anaklah yang perlu membantu mereka mendapatkan apa yang disebutkan di atas. Kalau bukan anak-anak, siapa lagi?

5 sebab yang di bawah ni pula adalah khas untuk anda pula 🙂

1) Bercuti atau melancong tanpa kerisauan dengan penuh kecergasan!

Kalau dah tua, nak berjalan pun tak larat nanti. Dan kalau kita ada komitmen, kita tak boleh nak bercuti lama-lama. Nanti boss marah. Hehe

2) Nilai duit semakin lama semakin mengecil.

Dulu RM1.00 pergi sekolah boleh dapat macam-macam. Sekarang RM1.00 tu tak rasa apa pun. Inilah yang dikatakan “TIME VALUE OF MONEY”, iaitu RM1.00 sekarang adalah lebih bernilai berbanding RM1.00 di masa depan

3) Menyumbang kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Apabila semakin meningkat usia kita, semakin banyaklah komitmen yang kita ada. Apabila komitmen sudah banyak, menyumbang adalah perkara yang terakhir yang akan seseorang lakukan. Komitmen yang dimaksudkan adalah seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin (opppsss…), hutang peribadi, hutang kad kredit, kos pendidikan anak-anak dan macam-macam lagi. Selain daripada sumbangan kewangan, kita juga boleh membuat sumbangan melalui ilmu. Apabila seorang kaya mengajar orang lain menjadi kaya, maka semakin ramailah orang kaya yang akan dilahirkan.

4) Harga barang makin lama makin mahal, bukan makin murah

Inflasi semakin meningkat dari setahun ke setahun. Harga barang tak kiralah di mana-mana negara sekalipun akan tetap meningkat. Kalau tak keluar daripada perangkap kemiskinan, sampai bila-bila pun akan terperangkap. Ia seolah-olah kita bekerja lebih keras hanya untuk menampung kenaikan kos sara hidup, dan bukannya bekerja keras untuk menjadi lebih kaya. Untuk itu, usaha luar biasa perlu dimulakan dari awal untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup DAN menjadi kaya dalam masa yang sama.

5) Compounding effect

Pernah dengar istilah “orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin”? Inilah puncanya. Apabila seseorang itu sudah menjadi kaya, kekayaan mereka akan meningkat tahun demi tahun tanpa buat apa-apa! Contohnya, jika mereka ada RM1,000,000 dan letakkan di dalam saham amanah yang memberikan pulangan 10% setahun, beliau akan mendapat RM100,000! Jika beliau hanya menggunakan RM50,000, untuk tahun hadapan, dividen akan dikira atas RM1,050,000 juta pula. Dengan menjadi kaya secepat yang mungkin, tanpa disedari anda akan jadi semakin kaya tanpa disedari tahun demi tahun.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda mempelajari sesuatu. Wassalam

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY