Home Kaya Muda Jangan Takut Untuk Kaya dan Jangan Benci Orang Kaya

Jangan Takut Untuk Kaya dan Jangan Benci Orang Kaya

340

Ada sesetengah orang yang TAKUT NAK JADI KAYA. Katanya…

“Nanti aku lupa diri, jadi sombong, bongkak, riak, takbur”

“Nanti aku jadi setan pergi joli sakan”

“Nanti orang nak pinjam duit aku”

“Nanti orang nak curi, samun atau rompak aku”

“Nanti kawan-kawan dengki dengan aku”

“Nanti aku kaya lepas tu kalau aku miskin balik malu lah”

Ahhh… dan macam-macam lagi lah “nanti” nya tu 🙂

Biar saya beritahu anda sesuatu. Kalau dari awal anda takut nak jadi kaya, anda takkan kaya sampai bila-bila! Sebab anda dah tanamkan dalam fikiran anda yang menjadi kaya adalah sesuatu yang negatif. Ingat, semua tu berdasarkan “nanti aku…”, benda belum jadi lagi pun. Kenapa perlu takut? APAKAH ANDA TAK TAKUT PULA JADI MISKIN? SERONOKKAH HIDUP DALAM KEMISKINAN?

Ada sesetengah tu pula BENCI PADA ORANG KAYA. Katanya…

“Orang kaya ni banyak makan rasuah”

“Orang kaya ni kalau tak tipu memang tak sah”

“Orang kaya ni sombong, bongkak, riak, takbur”

“Orang kaya ni suka tikam dari belakang untuk dapat duit”

Kenapa perlu tanamkan kebencian kepada mereka? Kita perlulah berfikiran positif. Jadikan orang kaya yang baik sebagai role model. Ramai je lagi orang kaya yang banyak memberi sumbangan kepada orang ramai, membina surau dan masjid, membayar zakat berjuta-juta setahun, menyampaikan ilmu supaya orang lain juga berjaya seperti mereka dan banyak lagi. Memanglah tak semua orang kaya baik, dan tak semua orang kaya tu jahat. Kita ambil yang positif lah 🙂

Akhir kata, hilangkan rasa takut nak kaya dan yakinlah anda boleh menjadi seorang kaya yang merendah diri.

Dan janganlah membenci orang kaya. Kalau kita benci kat orang lain, orang lain juga akan membenci kita. Kita tak tahu apakah sumbangan yang orang tu dah buat. Kita patut tanya diri kita sendiri apakah sumbangan yang telah kita buat untuk agama, bangsa dan negara kita?

Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda mempelajari sesuatu. Wassalam

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY