Home Kaya Muda Jangan Percaya Prinsip Perakaunan Yang Ni

Jangan Percaya Prinsip Perakaunan Yang Ni

259

Saya merupakan graduan Perakaunan dari Universiti Malaya.

Oh, anda belum baca latarbelakang saya ya? Baca sini ya:

www.kayamuda.com/aboutme

Ada satu prinsip perakaunan yang saya tak boleh terima iaitu apabila berlakunya pelupusan aset

Begini, katakan anda beli kereta pada harga RM100,000 (untuk memudahkan pemahaman, anda beli secara TUNAI)

Setelah 5 tahun, kereta anda kini bernilai RM40,000. Anda jual pada harga RM50,000.

Mengikut prinsip perakaunan, anda UNTUNG RM10,000.

Hakikatnya, ANDA DAH KELUAR DUIT RM100,000. Dapat balik RM50,000. Anda sebenarnya tetap rugi RM50,000.

Lainlah kalau anda jual RM120,000. Maka barulah anda untung RM20,000.

Susutnilai (harga sekarang RM40,000, jadi susutnilai anda RM60,000) tidak ada nilai kewangan pun.

Malah, dalam mengira cukai pendapatan syarikat pun, susutnilai sebagai Perbelanjaan tidak akan dikira.

Ingat, jangan mudah dikaburi oleh kira-kira sebegini. Fikir secara lurus sahaja OK.

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY