Home Kewangan Income Tak Masuk Akal Di Malaysia & Mengapa Makin Susah Graduan Nak...

Income Tak Masuk Akal Di Malaysia & Mengapa Makin Susah Graduan Nak Beli Rumah Best..

400
Income Tak Masuk Akal Di Malaysia & Mengapa Makin Susah Graduan Nak Beli Rumah Best..
Income Tak Masuk Akal Di Malaysia & Mengapa Makin Susah Graduan Nak Beli Rumah Best..

Saje je nak membebel malam ni, mudah-mudahan anda terbuka mata & minda. Income di Malaysia ni tak masuk akal betul. Gaji fresh grad dulu masa saya kerja 8 tahun lepas on average RM2,000+. Sekarang ni pun tangga gaji lebih kurang sama je. Itu fresh grad, ada degree. Yang takde kelulusan lagi sedih nak cerita :'(
.
Puncanya? Kalau tanya saya yang bukan menteri ni, ia disebabkan oleh lambakan graduan. Setiap tahun ratusan ribu graduan dihasilkan. Pasaran kerja tidak berkembang selaju itu. Ye lah. Kalau orang tu umur 30 tahun, lagi 25 tahun baru dia bersara, baru orang lain boleh ganti. Betul? Dalam 25 tahun tu berapa ramai pula graduan baru dihasilkan? Parokkk!!!
.
Graduan ramai, tapi peluang kerja tak banyak yang setimpal. Supply > Demand, so majikan offer gaji mengarut pun grad terpaksa terima. Kalau tak, kerja yang tak pakai degree gaji lagi sikit. Kan? Disebabkan ketidakseimbangan inilah “income disparity” ini terjadi.
.
Now, fikirkan pula tentang harga rumah. 8 tahun lepas, RM200k+ boleh dapat rumah landed di lokasi strategik, freehold lak tu. Hari ni, rumah yang sama dah pun berharga RM500k+. Harga RM200k pada hari ini dapat flat / apartment / studio apartment je lah.
.
Tapi… gaji starting sekarang tak banyak berubah kan? Nak gaji sedap ada naik tiap tahun, bonus masyuk & benefit banyak joinlah MNC (multinational corporation), tapi berapa orang sangat diorang nak pakai. Only the best will be selected, atau lebih kejam lagi yang ada “kabel” je lah dapat kerja tu. Cerita pasal naik gaji & bonus ni, bukannya semua syarikat mampu nak bagi kan. Yang naik RM50 setahun pun ada… 🙁
.
Selain harga rumah, harga makanan, ayam, daging, ikan sayur dan banyak lagi semuanya dah melambung, tapi income kita tak naik-naik jugak! Zaman sekarang dah susah jumpa suami bekerja isteri surirumah. Majority kedua-duanya bekerja kan? Tak cukup dengan tu, balik kerja, buat kerja lain or sambung buat bisnes pulak. Kalau tak, tak mampu nak survive di bandar. Kan?
.
Benda ni bukan boleh ubah dalam setahun dua. Dah 8 tahun, income level tahap tu juga. Daripada anda cuba ubah persekitaran atau polisi kerajaan, lebih baik anda ubah diri anda. Cari jalan keluar melalui pendapatan lebih. Itu lebih mudah. Berkorbanlah dalam 1 – 2 tahun buat apa-apa bisnes part-time sampai income tu boleh melebihi gaji tetap anda secara konsisten. (Y)
.
Seperkara lagi, jangan bertangguh kalau nak beli rumah. Makin lama harga makin mahal. Lagi ditunggu, lagi tak mampu! Dulu 2009 saya rasa harga rumah mahal & mengarut. Saya tunggu “bubble burst” selepas sub-prime US crisis. Tengok-tengok sampai hari ni tak burst juga, malah dah naik 2 – 3 kali ganda… 🙁
.
Bukanlah graduan tak boleh beli rumah, cuma dengan income fresh grad tu diorang dah tak dapat beli rumah best best macam 8 tahun lepas lah. Gaji fresh grad sekarang dapat rumah macam flat / apartment / studio / landed kat Sri Muda je lah.
.
Habis tu kalau bukan fresh grad gaji tak sampai RM1500 macam mana pulak? Apply loan pun belum tentu lepas kalau nak beli rumah (sebab ada sesetengah industri bank tak akan approve loan, contoh macam company bisnes internet)
.
Sekarang ni teknologi dah maju. Semua tempat ada internet 3G 4G. Masing-masing ada smartphone. Rugi lah kalau tak guna untuk buat duit kan? Bisnes di hujung jari banyak dah sekarang ni. 🙂
.
Like / Komen / Share kalau setuju dengan saya (Y)
.
Terima kasih kerana sudi baca 🙂
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
21 SEPTEMBER 2016
www.forexsebenar.com
www.kayamuda.com
.
P/S – Gambar hiasan, Bangi Evo Soho under construction. RM280k. 424 sqf sahaja (1 bilik). Installment almost RM1300/mth. Bulan-bulan kena bayar maintenance fees lagik. GAJI BERSIH RM2000 baru boleh beli rumah ni. Inilah rumah level fresh grad sekarang. Dulu harga tu boleh dapat landed 2 tingkat kat Bandar Bukit Raja or Setia Alam 🙁

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY