Home Kaya Muda Hentikanlah Penyalahgunaan “INSYAALLAH”

Hentikanlah Penyalahgunaan “INSYAALLAH”

265

Saya selalu mengalami situasi “InsyaAllah” sebegini:
.
Ajak orang datang rumah, orang tu jawab “InsyaAllah”. Tiba hari dijanjikan dia tak datang or last minute akan cakap dia tak boleh datang.
.
Masa kerja dulu tanya staff “boleh awak capai target bulan ni?”, staff jawab “InsyaAllah Boss”. Cukup bulan, target tak capai pun.
.
Kawan pinjam duit. Tanya bila nak bayar balik. Dia cakap “InsyaAllah cukup bulan ni aku bayar”. Dah hujung bulan, dia tak bayar balik.
.
Usin (contoh je) terserempak tok imam kat pasar borong, dia ajak datang masjid malam tu solat berjemaah. Usin pun jawab “InsyaAllah tok imam”. Malam tu tengok Usin takde pun huhu.
.
.
Adakah anda biasa mengalami situasi seperti di atas?
.
InsyaAllah dalam situasi di atas adalah “mungkin”, “janji kosong” atau “cara melepaskan diri dari komited terhadap sesuatu”. Kalau kita tanya balik mereka akan cakap “hari tu aku tak cakap nak datang pun, aku cakap InsyaAllah kan”. Hahaha. OK, cuba fikirkan situasi macam ni pulak:
.
Anda book flight dan hotel untuk pergi bercuti, adakah anda akan gembira kalau booking status anda “InsyaAllah”? Saya yakin anda akan serta-merta telefon / email syarikat tersebut dan tanya “ni confirm ke tak ni?” kan? Saya sendiri kalau booking apa-apa mesti saya nak status dia CONFIRMED barulah saya rasa lega.
.
Bila kita buat arrangement (flight, hotel, trips dsb) kita boleh KOMITED. Hari nak fly kita boleh sampai awal sebab tak nak terlepas flight. Hari kena check-out hotel sebelum 12pm, kita boleh check-out sebelum 12pm. Kenapa kita tak boleh nak say “YES” or “NO” dalam situasi-situasi lain macam yang saya sebutkan di atas?
.
Sahabat-sahabat sekalian, hidup ni by-default dah memang sentiasa InsyaAllah dah. ADA PERKARA KITA BOLEH KAWAL & ADA PERKARA KITA TAK BOLEH KAWAL. Contohnya esok ada seminar kat KL start 8am. Saya dah bayar yuran & commit nak sampai sebelum 8am. Saya akan tidur awal, bangun awal, naik motor (sebab tak nak sangkut jem) dsb. Saya akan berusaha untuk sampai sebelum 8am. Itu semua saya sendiri boleh kawal dengan usaha. Kalau di pertengahan jalan saya kemalangan / tayar motor pancit, itu di luar kawalan saya lah. Siapa nak jadi camtu ye tak?
.
Praktiskanlah diri anda untuk commit. Say YES or NO. Don’t say MAYBE, WE’LL SEE etc. Jangan bagi harapan palsu dengan menjawab “InsyaAllah” bila kita memang tak nak commit / terikat dengan apa-apa. Jangan salahgunakan InsyaAllah untuk melepaskan diri tanpa berusaha. Lebih molek kalau beri jawapan yang lebih lengkap seperti “InsyaAllah kalau tak ada aral melintang saya AKAN sampai” atau “InsyaAllah BOLEH, saya akan berusaha mati-matian untuk capai target bulan ni”. Jangan biarkan “InsyaAllah” tu tergantung tanpa komitmen.
.
.
Sekian saja motivasi Jumaat minggu ni. Semoga anda belajar sesuatu tentang “komitmen” & “janji” ya. Ingat, jadilah individu yang berpendirian. Boleh commit, saya YES. Tak boleh, just say NO. Wassalam

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY