Home Kaya Muda Duit Bukan Boleh Masuk Kubur!

Duit Bukan Boleh Masuk Kubur!

171

Memang betul pun. Apabila kita meninggal dunia, 3 perkara je yang dibawa bersama:

1) Doa anak soleh dan solehah

2) Amal jariah (sedekah, derma, zakat dan sebagainya)

3) Ilmu yang bermanfaat

Tapi, cuba lihat balik 3 perkara di atas tu. Bukankah semua tu memerlukan wang sebelum kita boleh mendapatkannya atau memberikannya?

Nah, siapa kata duit tidak penting? 🙂

Selain daripada untuk kelangsungan hidup di dunia ia juga boleh digunakan untuk membantu kita “di sana” melalui amalan-amalan murni kita yang memerlukan duit. Wallahualam 🙂

Selagi ia tidak disalahgunakan, duit sememangnya boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda mempelajari sesuatu. Wassalam

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY