Pagi tadi saya balik Sri Muda melawat mak & ayah saya. Ternampak la beberapa botol minyak masak 5kg ni. Mak saya penjaga anak orang, so minyak masak ni memang keperluanlah untuk masak makanan budak-budak dia jaga. ?
.
Sebelum naik harga hari tu mak saya rushing pergi Gergasi untuk beli minyak setakat mana yang ada. Dapat banyak tu je lah. Ni semua gara-gara harga baru minyak masak yang viral beberapa hari lepas. Semua orang berebut beli minyak masak sebelum harga baru 01 November 2016. Mak saya kata dari RM13 bakal naik ke RM21. Mak oih, naik sampai RM8 tuh! Betul ke? Sebab hari ni dengar kat radio KPDNKK kata senarai harga baru tu bukan dari mereka. ?
.
Anyway, mak saya dapat beli banyak tu je lah. Brand Gergasi juga. Tempat lain macam NSK habis licin katanya. Banyak tempat pun stok minyak masak habis sebelum harga naik hari tu kan? ?
.
Maaflah saya tak tahu sebab sejak nak kuruskan badan & jaga kesihatan ni saya dah tak banyak makan makanan bergoreng. Minyak masak pakai extra virgin olive oil saja.
.
Saya kurang terkesan dengan kenaikan harga minyak masak ni, ye lah sebab makan kat rumah wife masak pakai olive oil, tu pun jarang dia menggoreng. Yang banyak menggoreng & makan kat kedai mesti terasa lah kan.
.
Tapi harga petrol naik tu saya memang terkena juga lah walaupun saya ni most of the time kerja dari rumah je. Lori hantar barang ke kedai runcit takkan tak pakai minyak ye tak? ?
.
Kalau anda tanya “KO KAN KAYA KENAPA KO BIAR DIA KERJA LAGI?”, jawapannya ialah sebab mak saya kesian kat parent budak-budak tu. Mak saya caj tak mahal pun. Sekadar jadi peneman & isi masa lapang dia je. Ayah saya kan selalu keluar bawak teksi. Parents tu kesian la nak bagi diorang cari penjaga lain sebab upah lagi mahal. Rumah pun lagi jauh. So, mak saya tak sampai hati nak susahkan mereka. ? Budak-budak pun bila tukar penjaga ni makan masa juga diorang nak sesuaikan diri kan. ?
.
Walaubagaimanapun, saya bagitau gak la kat mak saya kalau dia dah tak larat jaga budak berhenti je lah. Saya boleh tanggung. ????
.
Semua orang kalau boleh dah tak nak mak ayah mereka kerja kan? Kesian kan umur dah 50-60an kena kerja macam orang muda. ? Apakan daya, kita sebagai anak pun kadang cukup makan je. Camne nak tolong mereka ye tak? Parent kita pulak kalau ada pencen ok lagi. Yang dapat duit KWSP pastu habis dalam tempoh 3 tahun, nak tak nak terpaksa la kerja juga sebab nak harapkan anak, anak pun ada tanggungan sendiri. ?
.
Bukan anak je, menantu pun sama-sama kena kerja sekarang ni. Sorang je kerja tak cukup kan. Orang macam mak saya (babysitter) jugalah nanti yang diperlukan untuk menjaga anak cucu mereka bila ibubapanya keluar bekerja.
.
Saya dah lama fikirkan isu & life cycle ni, dan saya dapati satu cara je lah iaitu kita sebagai anak kena berusaha keras untuk bebas kewangan & masa. Barulah kita boleh sara mereka & luang masa dengan mereka anytime kita suka. Kan?
.
Rumah anda simpan stok minyak masak macam mak saya juga ke? Anda serbu hypermarket tak masa harga minyak belum naik hari tu? ?
.
Anda boleh kaitkan isu di atas dengan diri & keluarga anda? ?
.
Jemput komen yer kalau sudi. Saya ingin tahu realiti kisah masyarakat yang sebenar. ??
.
.
Silakan SHARE & TAG post ni jika mahu. ??
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S 1 – Siapa tak sayang parent kan? Siapa suka tengok parent kita susah kan? ?
.
P/S 2 – Minyak masak & petrol naik, mereka yang luar bandar paling kesian. Kos sama je bandar & luar bandar. Tapi luar bandar tu ada lagi yang gaji bawah RM600 di tahun 2016 ni ?
.
P/S 3 – Jadi babysitter ni merupakan satu “bisnes yang takkan mati”. Nanti dalam buku akan datang saya KayaMuda – Ada Duit Ada Masa saya akan kongsikan lagi bisnes yang kalis inflasi, modal rendah & sentiasa ada demand ni ????