Home Motivasi Bukan Semua Benda Kena Pass Dengan Orang ?

Bukan Semua Benda Kena Pass Dengan Orang ?

238
Bukan Semua Benda Kena Pass Dengan Orang ?
Bukan Semua Benda Kena Pass Dengan Orang ?

Sempena Maal Hijrah 1438H, saya nak bagi nasihat sikit boleh? ?
.
Saya dah biasa “main” dengan wiring sejak di bangku sekolah (pergh macam ayat dalam suratkhabar ?). Puncanya sebab kat taman perumahan saya tak ada orang yang buat servis wiring. Kalau ada pun family tak mampu nak bayar upah. So, saya belajar sendiri sikit-sikit dan akan repair apa yang termampu. DIY ni saya dah biasa buat dah. ?
.
Ni gambar tengah betulkan wiring, tukar bulb & balancing chandelier bilik saya yang senget. Sekarang saya dah mampu upah orang, tapi kenapa saya tetap pilih untuk buat sendiri? ?
.
Semuanya sebab MASA. Saya nak panggil orang, saya kena ada kat rumah. Saya tak bebas nak keluar. Dia buat kerja, saya kena tunggu kerja dia siap & kadang-kadang kena monitor. Management approval kena dapatkan, tu satu hal lagi. Kan?
.
Lepas tu, saya kena bergantung kpd kelapangan dia pulak. Belum tentu kalau panggil dia boleh datang. Kadang kena tunggu 1-2 minggu baru dia free (kerja-kerja macam ni memang hot demand. Rugi kalau anda tak buat bisnes ni ?).
.
Daripada saya semak kepala camtu, baik saya buat sendiri je ye tak? ?
.
Begitulah juga dalam bisnes & hidup kita. Dalam bisnes bukan semua benda kena pass kat orang. Ada core duties & responsibilities yang kita kena buat sendiri supaya ianya dapat dilakukan dengan PANTAS. Tak perlu tunggu orang lain. Mana boleh buat sendiri, buat je! Jangan buang masa. Orait? ????
.
CONTOH: Nak pergi seminar bisnes, tak payah la tunggu kawan. Pergi je sorang-sorang. Nak berniaga, tak payah la tunggu ada partner. Buat je bisnes tu, nanti datang la partner. ?
.
Silakan SHARE jika setuju ya ??
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY