Home Kaya Muda Bilakah tahun saya mula ‘berubah’?

Bilakah tahun saya mula ‘berubah’?

332

Semalam saya lalu tol LDP Damansara. Tit… smart tag “dicekau”. Check dekat papan harga, RM2.10 telah “disedut” dari kad touch N go saya. Ia kenaikan sebanyak RM0.50 atau 31% berbanding RM1.60 sebelum ni.
.
Ketika melihat kadar tol baharu di papan harga tersebut, saya dapat rasakan perasaan yang sama seperti tahun 2008. Pada tahun tersebut, harga minyak naik gila-gila sampai RM2.70 seliter daripada RM1.92 (naik 41%). Saya masa tu dah la baru nak start cari kerja selepas tamat belajar. Minyak naik, habis harga semua barang pun naik (chain reaction). Memang susah hidup saya masa tu Allah swt je lah yang tahu. Cari kerja masa ekonomi gawat 2008 tu ingat senang ke? cry emoticon
.
Ketika itulah, saya termenung dan berfikir panjang… apa juga kerajaan buat, yang makan gaji lah yang akan gaji mangsa. Kalau saya berniaga, minyak naik… saya pun naikkan harga dan jelaskan pada customer yang saya terpaksa naikkan harga sebab kos barang dah naik (disebabkan chain reaction). Customer mesti paham betul tak? Peniaga-peniaga lain pun buat benda yang sama juga. So, effect nya pada peniaga adalah NEUTRAL. Kos naik RM1.00, so saya naikkan harga jualan RM1.00 juga. Betul?
.
Tapi, bagi mereka yang bekerja, kos hidup naik, boleh ke minta majikan tambah gaji? Saya yang dulu kerja bank syarikat besar pun setahun sekali je naik gaji around 5 – 10%. Kos sara hidup naik jauh berkali ganda setahun.
.
Adakah anda terus-terusan ingin menjadi “mangsa keadaan”, ataupun “pemangsa keadaan”? Tolonglah sedar, ada setengah benda dalam hidup kita tak boleh kawal. Bila tol naik, tak ada siapa suka. But ask yourself, “WHAT CAN I DO ABOUT IT?”. So…
.
Cerita pasal minyak dan tol ni, dulu saya juga terfikir, “ada tak cara untuk hidup tanpa bayar tol & tanpa guna petrol?”. Daripada situlah saya cari dan explore banyak peluang “buat duit dari rumah” dan setelah 7 tahun alhamdulillah saya berjaya menguasainya. Kini, saya hanya bekerja dari rumah dan guna petrol / tempuh tol apabila perlu sahaja, tidak seperti sesetengah orang yang “terpaksa” melaluinya sebab nak pergi kerja.
.
Bayangkanlah, saya yang kurang pakai petrol / lalu tol ni pun akan terasa tempiasnya sebab harga barang akan naik. Bagaimana pula dengan mereka yang dah la harga barang naik, lepas tu petol & tol hari-hari kena bayar pada kadar yang lebih tinggi pula? Saya memang bersimpati dengan golongan seperti ini. Bukan tanggungjawab kerajaan atau sesiapa untuk buat anda kaya dunia akhirat. IT ALL DEPENDS ON YOU!
.
Jadi, tol naik sejak semalam anda tak ada rasa atau terfikir apa-apa ke? Well, setiap orang ada “aha moment” atau “turning point” dia tersendiri. Ada yang bila parent / family meninggal, dia berubah. Ada yang lepas kena tinggal kekasih, ada yang lepas survived daripada eksiden, ada yang lepas masuk seminar, ada yang lepas kena buang kerja dan macam-macam lagi.
.
Setiap orang perjalanan dia adalah unik. So, what triggers you?
Only you will know

P/S 1 – Tahun 2008 sementara dapat proper full time job saya terpaksa kerja fast food. Saya start kerja hari pertama hari Khamis. Saya takkan lupa Jumaat pertama saya kerja keesokan harinya tu. Saya & seorang lagi pekerja baru cakap kat boss nak pergi Solat Jumaat. Kami diherdik oleh beliau. Katanya fast food hari Jumaat lunch hour ramai orang, mana boleh pergi solat Jumaat atau rehat. Terus dia marah suruh kami balik & kerja 6pm – 10pm je setiap hari. Gaji kami jadi RM12.00 sehari. Saya balik terus dan tak datang kerja dah lepas tu. 1 hari je la saya kerja. Hina sungguh rasa, tapi saya takkan korbankan agama sebab kerja. Bukan masuk syurga pun kerja fast food kalau perkara wajib kena tinggal, kan?
.
P/S 2 – Gambar ihsan paultan.org

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY