Home Motivasi Banyak Jasa Roti Ni Kat Saya ?

Banyak Jasa Roti Ni Kat Saya ?

471
Banyak Jasa Roti Ni Kat Saya ?
Banyak Jasa Roti Ni Kat Saya ?

Hai. Tengah lunch sedap-sedap ke tue? Maklumla dah gaji kan. ? Koman-koman pun yang keje KLCC tu mesti makan Chilis. Bak kata ex-colleague kat Melaka dulu Abang Paa (memang nama dia PAA Farok) dia kata “achukkk ahhh!” ?
.
Hari tu beli desktop kat KL singgah jap Sungai Weng Plaza, lalu ternampaklah roti Thai & Danish Pizza ni. Roti ni lah lunch saya dulu waktu kerja selama beberapa bulan. Dulu RM2.80, sekarang dah jadi RM3.80. Saya kerja kat Leboh Ampang so time lunch saya lari jap gi Central Market untuk beli roti ni pastu makan sorang-sorang kat pantry. Nama kedai tu King’s Confectionery. Tak tau lah ada lagi ke tak. Lama dah tak pergi ?
.
Kenapa saya buat camtu? Nak JIMAT DUIT lah. Pastu nak JIMAT MASA. Saya bawak laptop gi kerja so time lunch saya lunch laju-laju then solat + teruskan biz part time saya. Ada juga ketika zaman meniaga ebay dulu time lunch merempit gi beli stok kat GM. Celah mana nak sempat makan nasik campur gitu? ? So makan roti je lah jawabnya kan huhuhu. ?
.
Orang sibuk bergossip time lunch, saya sibuk bisnes. Sebab tu saya tak ramai kawan. ???
.
Saja share cerita ni nak bagitau, yang sebesar zarah sekalipun perbuatan kita, Tuhan akan balas, betul? Sama juga dengan kejayaan kita dalam hidup ni. Usaha yang kecil pun boleh mendatangkan hasil, apatah lagi usaha yang besar. Kadang kita rasa apa kita buat ni tak ada makna, tapi just keep on doing it. One day, when you look back, you’ll be glad you made that call ?
.
So kalau lepas ni tengok ada budak kera sumbang suka lunch sorang-sorang, berbaik-baiklah dengan dia. 5 years down the road mungkin dia akan jadi PM. Muahahaha ???
.
Silakan SHARE / TAG jika sudi, mana tahu ia mampu mengubah hidup seseorang kan ???
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY