Home Kewangan Apa Kejadah Harga Minyak Naik 15 Sen Ni Woi?!

Apa Kejadah Harga Minyak Naik 15 Sen Ni Woi?!

305
Apa Kejadah Harga Minyak Naik 15 Sen Ni Woi?!
Apa Kejadah Harga Minyak Naik 15 Sen Ni Woi?!

Terkejut saat membaca status Khairul Ezuwan mengatakan harga minyak bakal naik 15 sen esok untuk Ron 97, Ron 95, dan Diesel. Semua sekali kena. Ha tu la korang happy sangat pasal final bola semalam & gegarbaganza tu kan. Kan kita semua dah kena hua hua huaaa…
.
Bermula esok juga harga minyak masak akan dinaikkan (kecuali paket 1kg, tapi peniaga takkan nak beli paket 1kg banyak-banyak kot? jenuh la weh). Ke anda dah lupa dah yang tu? Cantik kan, dua-dua jenis minyak naik. Ini boleh bikin rakyat naik minyak!
.
Lepas baca status beliau, saya pun laju-laju check chart dan buat sedikit analisis. Patutkah harga minyak dinaikkan? Saya akan cakap TAK PATUT! Lihat rajah, sambil tu kita belajar cara baca chart sekali…
.
Bulan lepas naik 10 sen tu masuk akal, sebab harga penutup (Close) minyak dunia bulan September adalah lebih tinggi dari bulan sebelumnya (Ogos). Tapi, untuk Oktober, setakat saya tengok Close adalah LEBIH RENDAH DARI BULAN LEPAS! (harga setakat sekarang sahaja, kalau nak tahu harga final kena tunggu market tutup awal pagi esok)
.
Harga lagi rendah, patutnya harga maintain (sebab tak banyak beza) atau turun lah. NI DIA PERGI NAIK PULAK apehal?!
.
Ke diorang tengok chart masa harga bullish awal – tengah bulan hari tu?
.
Atau adakah sebab MYR semakin melemah, menyebabkan kadar tukaran USD makin naik? Lihat rajah USD/MYR yang disertakan. Bila candlestick berwarna hijau, ia bermaksud harga Close lebih tinggi dari Open, menandakan harga makin naik.
.
Mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan kerajaan ini, tetapi bagi saya, setelah harga minyak masak dinaikkan, kerajaan seharusnya lebih bertimbangrasa lah. Petrol ni keperluan. Bukan kemahuan. Industri yang pakai banyak minyak macam logistik mesti terasa bebannya. Betul tak?
.
Suka sangat naikkan harga (atau bahasa gomen nya “rasionalisasi subsidi”) barang yang memberi “chain reaction”. Duit kutip banyak-banyak korang buat apa pun aku tak tahu. Macam mana ko manage sumber negara ni pun aku tak paham. Income rakyat dari dulu sampai sekarang tetap sama gak. Tak caye? 8 tahun lepas fresh grad gaji range RM 2000 – 2500. Sekarang pun still sama lagi! Padahal kos sara hidup dah meningkat jauh berkali ganda. 🙁
.
Bila orang serang, balik-balik cakap “rakyat dah pilih saya, mandat dah diberi, so saya kenalah jalankan tanggungjawab saya”. Jantan la sikit woi! Dah tau tak boleh buat kerja undur diri je lah, bagi orang lain yang lebih layak. Ni bukan duit mak ayah tok nenek kau. Ni duit rakyat woiii!!! Duit aku pun ada gak kat situ!
.
OK la, cukup lah setakat tu fakta saya kongsi kenapa harga minyak ni tak patut naik berdasarkan harga minyak dunia semasa.
.
Share lah analisis tu kalau mahu. Tak perlu minta izin orite (Y)
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.forexsebenar.com
www.kayamuda.com

14925281_1005890486200695_2906715668343246212_n

14925555_1005332846256459_1076796942067013331_n

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY