Home Kaya Muda Anda kena berhenti menganiaya orang, baru rezeki mudah masyuk.

Anda kena berhenti menganiaya orang, baru rezeki mudah masyuk.

568

Saya percaya anda pun pernah buat macam saya. Banyak saya aniaya orang tanpa saya sedari. Bila dah sedar Alhamdulillah rezeki lebih mudah masuk. Buat apa semua jadi. Benda simple tapi memang memberi kesan terhadap kehidupan kita.
.
Kadangkala kita dah berusaha kuat tapi kejayaan tu masih tak muncul tiba. Bila dapat duit, senang sangat bocor nya. Sampai je duit kat tangan, ada je lah benda nak pakai duit seperti tayar motor bocor, kena saman, accident masuk hospital dan sebagainya.
.
Ini merupakan antara penganiayaan yang saya pernah buat dahulu. Sila jauhkan kalau nak rezeki senang masuk.
.
1) Belajar Pakai PTPTN, Dah Grad Dapat Kerja Sengaja Tak Nak Bayar Balik

Saya dah selamat full settle PTPTN saya 3 tahun leas. Benci macam mana pun anda kat PTPTN ni, hakikatnya anda dah pun pinjam & lenjan duit tu sampai licin. Dah berhutang tu, kena lah bayar balik ye tak.
.
2) Melengah-lengahkan Bayaran Hutang

Kadangkala kita hutang dengan member / keluarga tapi kita sengaja lengahkan pembayarannya sebab tahu mereka tak akan ambil tindakan. Priority hutang mereka selalunya diletakkan di hujung sekali. Janganlah begitu. Kalau itu hak mereka, maka berikanlah kepada mereka.
.
3) Belajar Pakai Buku Fotostet / Ebook Free

Nak menuntut ilmu tu biarlah berkat. Buku fotostet / ebook free ni (yang dijual atau diterima tanpa kebenaran) membuatkan berkat tu hilang sebab anda dah aniaya penulis buku tersebut. Siang malam dia perah otak untuk bantu orang ramai & bagi shortcut, janganlah kita pergi ragut hak dia.
.
4) Pakai Software Ciplak

Ni memang ramai yang buat. Dah la guna laptop / komputer buat cari makan, tapi software nya pirate. Gunakanlah yang original. Saya tahu ianya mahal tapi pelaburannya berbaloi. Bayar sekali je tapi guna banyak-banyak kali. Ada masalah boleh contact support team. Update biasanya dapat free je. Yang jauh lebih penting, ianya lebih berkat. Jangan kita aniaya orang yang susah payah cipta software tu hanya kerana kita nak jimat duit. Itu dikira sebagai mencuri juga dan ia ditegah sama sekali dalam agama.
.
5) Beli Barang Imitation / Fake

Harga wallet RM1,600 anda beli pada harga RM50. Anda happy dapat jimat banyak beli barang tak ori tapi ia satu perbuatan yang tidak beretika. Kalau anda dapat idea dan bersusah payah reka sesuatu design, mestilah anda marah bila orang ciplak design anda tu. Kalau mampu, beli lah yang original. Kalau tak mampu, banyak lagi pilihan lain yang boleh anda miliki. Contohnya beg yang takde brand tapi berkualiti. Ok lah tu
.
6) Tengok Movie / TV Series Online (tanpa kebenaran) atau Beli CD Cetak Rompak

Nak buat movie kos bukan sikit. Kalau rasa nak tengok anda kena sanggup bayarlah tiket wayang / beli CD original. Jangan sesekali kita aniaya para pembuat filem ni. Diorang dah keluar kos berjuta-juta untuk menghiburkan kita dan siang malam bekerja. Takkan lah kita tak boleh nak hargai hasil penat lelah diorang tu dengan sedikit bayaran kan?

TIPS: Di Malaysia anda boleh jadi pelanggan Iflix. Anda boleh tengok macam-macam movie & TV series secara sah pada kadar RM 8.00 sahaja sebulan. Tengoklah sampai mata anda lebam macam panda
.
.
Mungkin ada lagi contoh-contoh relevan lain yang boleh anda kongsikan smile emoticon
.
Kesimpulannya, sentiasalah tanya diri “adakah aku akan menganiaya sesiapa? kalau aku jadi owner benda ni aku rasa teraniaya tak?”. Kita janganlah ambil apa yang bukan hak kita.
.
Sekian terima kasih dan semoga bermanfaat. Jumpa lagi dalam post-post saya yang akan datang.

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY