Home Kaya Muda Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang..

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang..

498

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari Jumaat penghulu segala hari
Marilah kita layan cerita motivasi
Tengah-tengah selongkar cari file dalam laptop saya terjumpa gambar2 lama saya. Ini gambar saya 5 tahun lepas (2008) dan sekarang. Masa ni baru start assignment kerja kat salah satu bank di Melaka (jalan hang tuah). Baru-baru belajar trading dan masa tu masih mencari halatuju dlm FX ni. Berbeza kan? Hahaha.
Dulu saya memang selekeh. Baju zaman2 student still pakai lagi, nak jimat katakan. Hidup pun tak senang & tenang. Kurus pasal tak cukup makan. Mak bapak bukan orang kaya. Bapak bawak teksi mak jaga anak orang. Kereta pun takde time tu. Naik motor je. Tu yang kulit gelap. Time sekolah menengah saya dah pandai cari duit sendiri. Macam-macam kerja saya dah pernah buat termasuklah jadi despatch handphone & pekerja restoran fast food.
Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini?
1 – Tengok gambar tu pun boleh nampak saya bukannya hidup terus berjaya. saya mula dari bawah. susah2 dulu, senang2 kemudian
2 – Mak bapak kita susah, tak semestinya kita pun kena susah. bak kata bill gates, “kalau kita dilahirkan tak kaya, itu bukan salah kita. tapi kalau kita mati miskin, itu salah kita”. janganla salahkan mak bapak kalau kita dilahirkan tak kaya. mereka lahirkan & besarkan kita cukup bagus dah, ikhlas tanpa minta balasan pun. jgn kita jadi anak derhaka, sebaliknya kita kena balas jasa diorang
3 – Gambar tu tunjuk saya 5 tahun lepas VS sekarang. jadi apakah yg kita akan buat SEKARANG yang akan menentukan diri kita 5 TAHUN AKAN DATANG? stay the same atau kita akan buat sesuatu?
4 – Kejayaan takkan datang bergolek. Sapa2 baca intro TFS tahu sejarah saya dlm FX ni camne. melalui usaha gigih berterusan baru boleh berjaya. jangan harapkan kejayaan “overnight”, itu mustahil berlaku. be realistic, consistent and persistent (realistik, berkekalan dan tahan segala dugaan). lambat laun kejayaan akan dtg jua. berdasarkan pengalaman saya, naik cepat jatuh balik pun cepat. naik slowly, tak jatuh2 pun (setakat ni, alhamdulillah). hidup ibarat roda, ada naik ada turun. sentiasa bersedia utk sebarang kemungkinan
5 – nak berjaya kena ada ilmu. itu no 1. takde ilmu, bagi 1 juta pun lama2 habis gak. kita tak tahu bila kita mati. selagi kita hidup biarlah hidup kita aman bahagia dan tanpa perlu gusar fikir pasal wang. dengan ilmu, wang pasti datang.
6 – tak perlu main kotor (tipu, rasuah, fitnah dll) kalau nak berjaya. boleh kaya, tapi kejap je. lepas tu Dia tarik balik. kita kalau Tuhan bagi panjang umur takkan nak hidup dalam sumpah seranah maki hamun orang ramai. apa gunanya. bersikap jujurlah dalam hidup. sentiasalah ingat rezeki tu dari Dia. dia boleh bagi dan dia boleh ambik balik. kita aniaya orang, kita akan dapat balik balasannya.
7 – Dia maha pemberi. Kita bagi la derma, sedekah, tolong orang dsb. Dia akan balas balik 700 kali ganda. Sebelum terima, kenalah memberi dulu. ramai tau nak terima je bab memberi kedekut mak aihhh. so, ubahlah dari sekarang. perlahan-lahan, magik nya akan datang.

Sekian, semoga memberi sedikit motivasi buat semua.
Wassalam

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY