Home Kaya Muda Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Pasar Malam

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Pasar Malam

593

Sebagai rakyat Malaysia, mesti anda pernah pergi ke pasar malam kan? Kalau tak pernah pergi, anda memang rugi. Macam-macam ada di sana daripada makanan, tilam, perabot rumah, perkakasan dapur hinggalah ke aksesori kereta.

Saya dapati ada sesuatu yang “tidak kena” dengan pasar malam iaitu

HARGA PRODUKNYA STATIK SAHAJA!

Saya bagi contoh. Daripada saya kecil hingga sekarang, harga air masih lagi dijual RM1.00 secawan. Fishball goreng 1 cucuk RM1.00. Taufufah RM1.20 – RM1.50, apam balik RM2.00 sekeping besar. Keropok lekor, burger dll kebanyakannya masih lagi lebih kurang sama macam dulu.

Ya, memanglah ada yang naik harga. Contohnya murtabak dari RM1.50 sekarang dah RM2.50 – RM3.00. Tapi itu pun lepas beberapa tahun kan? Lagi satu, peniaga-peniaga pasar malam ni boleh dikatakan orang yang sama sahaja sejak dahulu hingga sekarang. Perasan tak?

Banyak benda yang kita boleh belajar daripada situasi ni sebenarnya:

1 – Pasar Malam adalah tempat yang TRAFIKNYA SANGAT TINGGI! Ribuan warga penduduk setempat akan turun ke pasar malam setiap minggu. Iyelah, seminggu kan sekali je (kecuali sesetengah tempat tu 2x seminggu macam kat Taman Melawati Kuala Lumpur). Mustahil tak buat duit kalau berniaga pasar malam ni.

2 – Harga-harga barang yang dijual di sini adalah lebih murah dan kenaikannya tidak begitu ketara, biarpun kos menjalankan perniagaan semakin tinggi dari sehari ke sehari. Cara mereka mengawal kos adalah amat-amat luar biasa. Salah satu cara yang saya nampak ialah mengecilkan saiz produk, ataupun kurangkan kuantiti. Contoh dulu keropok lekor RM1.00 dapat 10, sekarang dapat 8 sahaja.

3 – Sewa tapak pasar malam adalah sangat-sangat rendah dan tidak banyak berubah sejak bertahun-tahun lamanya. Hanya RM100+ sahaja untuk 4 minggu (sebulan). Ini merupakan satu sebab kenapa mereka masih boleh menjual produk mereka pada harga yang sangat murah.

4 – Para peniaga pasar malam adalah orang yang sama, maknanya dengan berniaga pasar malam ni boleh juga tampung hidup dan beli aset, serta dijadikan kerjaya sepenuh masa. Bukannya berniaga selepas balik kerja lagi. Oh ya, kebanyakan peniaga membeli aset secara tunai kerana memandangkan perniagaan mereka adalah secara tunai, adalah sukar untuk mereka mendapatkan pinjaman.

5 – Kos pemasaran adalah hampir kosong. Para peniaga tak perlu mengiklan di mana-mana kerana tempat mereka berniaga sudahpun mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Mereka hanya perlu pastikan gerai mereka menarik, dan produk mereka bersih + sedap + cepat disediakan supaya pelanggan berulang-kali datang ke gerai mereka.

6 – Peniaga yang sistematik akan berniaga di beberapa pasar malam dalam hari yang sama. Bayangkan, jika 1 cawangan mereka mendapat bersih RM200 satu malam, kalau ada 5 cawangan dah RM1,000 untuk satu malam kan? Fuhhh… lumayan. Ini kita akan belajar dalam post-post akan datang ya. Cukup anda faham setakat ini dahulu hehehe…

Begitulah sedikit sebanyak coretan saya mengenai pemerhatian saya terhadap pasar malam. Para peniaga pasar malam ni sebenarnya banyak duit. Jangan pandang mereka sebelah mata sahaja hanya kerana mereka bergelar peniaga pasar malam. Pasar malam adalah salah satu keunikan negara kita. Jangan sekadar jadi pembeli saja. Apa kata anda jadi peniaga pula. Mesti boleh KAYA MUDA 🙂

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat buat yang membaca dan mengamalkannya.

Khalid Hamid
KAYA MUDA Ada Duit Ada Masa
www.KayaMuda.com

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

LEAVE A REPLY