Home Kewangan Abang Abu Bersama Abang Lid ?

Abang Abu Bersama Abang Lid ?

421
Abang Abu Bersama Abang Lid ?

Saya ni tak berapa suka selfie. Tapi dah takde orang nak tolong tangkap gambar maka terpaksalah selfie seketoi. Selalunya wife saya yg jadi official photographer muahahaha ?
.
Jumpa kat tempat duduk surau KLCC masa beliau tengah pakai kasut berjenama XYZ* tadi. Beliau dikenali dengan gelaran “Mekanik Wang”. Kepakaran beliau ialah memperbaiki kewangan mereka yg bermasalah. Atau, membantu mereka yg mempunyai masalah kewangan. Ha macam tu baru sedap sikit kot bunyinya ?
.
Sempat la borak kejap. Katanya ada meeting dgn Datuk Maznah (owner Securiforce) kat situ. Asal dia Johor tapi warganegara Singapore. Menetap di Singapore juga. Sebelum berpisah dia minta saya doakan dia dalam perjuangan dia. Sudah tentu, doakan saya juga yer bang ????☺️ Sejak 2010 lagi saya duk follow & pergi ceramah2 abang Abu. Memang bagus ilmu-ilmunya. Orangnya pun friendly ?
.
Saya mempunyai cita-cita nak jadi macam Abang Abu & Azizi Ali (Mentor Wang). Masalah kewangan dihadapi lebih 90% golongan dewasa di dunia (dulu kerja bank so saya tahu lah). Pokai sebelum tengah bulan tu biasa. Kad kredit full limit tu biasa, pastu ambik personal loan untuk clear kan balance kad tu. Pastu penuhkan balik, kan? ?. Perbelanjaan luar jangka ramai tak bersedia. ?
.
Ramai tak faham pasal kewangan sbb ilmu ni tak diajar di sekolah. Saya dulu pun begitu sehingga kad kredit saya full limit sampai RM25k. Sebulan bayar minimum 5% dah RM1,250 duit kena lock kat situ. Now saya dah tak ada hutang sebegitu, maka saya perlu guide orang lain pula. ??
.
Sesetengah orang akan advise “take your time and settle your loan”. Cth hutang 6k, bayar 500 sebulan so dalam setahun akan habis. Ikat perut, tahan nafsu berbelanja. Saya pula lebih suka ajar bagaimana boleh settle dalam masa satu bulan. Ini bukan shortcut. Bayar tetap bayar, cuma kena tahu apa cara yg boleh buat “quick money”. Saya tak suka alternatif yg “mengambil masa”, kerana masa tak boleh dibeli. Kan? ? The faster you act, the faster you’ll solve your problem. Agree? ?
.
Saya ingat nak ambik la CFP (Certified Financial Planner) dulu untuk meningkatkan kredibiliti, sebagai tambahan kpd pengalaman kerja bank & degree accounting Universiti Malaya pointer 3.67 yg saya ada ?. Malangnya, institusi saya approach tu tak nak ambik student yg tak bekerja macam saya. Mereka nak ambik student yg bekerja di organisasi besar sahaja. So saya tangguhkan lah dulu hajat saya tu. ?
.
Semoga impian saya menjadi kenyataan dan dipermudahkan oleh-Nya. Many challenges ahead, and I’m preparing myself now. Saya harap saya berjaya menjadikan hidup orang lain lebih bermakna dengan “KayaMuda – Ada Duit Ada Masa”. Doa-doakanlah projek saya tu siap cepat ya… ??☺️
.
Jemput Like, Komen or Share sebagai sokongan bleh? Thanks ?☺️
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID “KAYAMUDA” ?
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S 1 – Saya cuba cari Abang Abu nak tag dia tapi tak jumpa. Kalau siapa2 tahu tolong tag dia ye tq ?
.
P/S 2 – Jenama XYZ tu saja kasi saspen, sbb saya pun tak nampak apa brand nya kah kah kah ?
.
P/S 3 – “Brace for impact!” Saya sedang merasainya. Ekonomi semakin mencabar. Spend and grow your money wisely ?? Banyak bisnes tengah melingkup satu per satu ni ?

SHARE
Ingin tahu lebih lanjut tentang saya? Klik di bawah: http://www.kayamuda.com/aboutme/

2 COMMENTS

  1. Terbaik abam mk….teruskan usaha murni tuan..abam kelas d penang nanti agak2 yurannya brpa….. Klau 1k….. Adusss….

LEAVE A REPLY